*P/s Pisang aku ambil gambar dari blog ko ya..
Labels: Aktiviti
Sudah berlangsung JP JORAN 2009, port ni memang dah menjadi port melepas gian pada waktu malam geng2 komplot aku. Pertandingan memancing JP Joran buat kali pertamanya dianjurkan disini dan di sertai Otai Azizi. Aku cuma datang untuk bagi moral support hahaha. Walaupun beliau tidak mendapat tempat namun terpancar kepuasan pada wajahnya.. Lagi-lagi dapat mendaratkan seekor kerapu dan menjadikan 9 pemancing terbaik.
Labels: Info
Selalu kalau umpan tak habis, esoknya misti ada trip bersendirian menghabiskan umpan. Sama lah juga bila trip sg.bolong semalam meninggalkan saki baki umpan. Esoknya pada sebelah petang saya memilih Lokasi Sutera Habour untuk sesi penghabis umpan berserta sesi ujikaji potensi perairan di sana. Hasilya memang memberangsangkan, banyak tarikan-tarikan ikan dan beberapa tarikan ganas dirasai. Cuma masalah kawasan berbatu menyebabkan lokasi tersebut menjadi penyumbang kepada kes pendermaan batu dan mata kail ke laut akibat sangkut dibatu.
Labels: Aktiviti
Trip ini terjadi atas desakan member opis ( Tonet ) yang baru nak menerjunkan diri dalam bidang memancing. Akhirnya terlaksananya komplot memancing di sungai bolong tuaran yang bermula pada sebelah malam sehingga ke subuh. Lokasi ini pernah di cuba satu ketika dulu namun tiada hasil diperolehi. Tapi pada malam tu membuktikan bahawa sungai bolong memang ada siakap merah yang pada mulanya saya kurang percaya bila Pok Ju menceritakan org selalu bawa naik ikan merah di sg.bolong. Sampai dilokasi sudah ada seorang pemancing berada di sana. Dan beberapa minit kemudian brader tu berjaya menaikan seekor siakap merah dalam anggaran 1 kilo membuktikan terus sg.bolong memang ada ikan MJ. Selang beberapa minit naik pula seekor sembilang.. memang makan habis brader tu, tu belum kira yang dia dapat sebelum kami sampai.




Labels: Aktiviti
Lagi repot lewat sebab bz punya pasal, kali ni repot berkenaan perasmian bot Raja Tuyan milik Hj Diman ( Liau ku ). Ini kali pertama bot diturunkan sebab sebelum ni kena menunggu lesen dulu baru buleh turun ke laut.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Labels: Aktiviti