Salam, lama rasanya x mengemaskini blog. Dengan pembukaan akaun FB baru-baru ni rasanya segala trip ringkas cuma akan di salurkan pada paparan FB. Cuma trip memancing yang dilakukan secara besar-besaran yang akan di catatkan di ruangan blog ini.

Sempena bulan ramadhan ni aktiviti agak terbatas. Kesempatan ini segala kelengkapan memancing telah dimasukan ke wad untuk diservis. Reel yang diservis ni sebenarnya sudah menjadi hakmilik kawan. Sengaja di hadiahkan kepadanya sempena dia membeli rod yang ingin saya lupuskan dari rak joran. Reel yang di beli semasa kursus di JB ini memang banyak memberi kenangan dan khidmatnya kepada saya yang semasa baru2 berjinak dalam dunia casting menggunakan reel BC. Rasa sayang sebab tu la satu2nya reel pertama saya beli walaupun x tau macam mana mau guna. Tapi lagi sayang kalau ianya terus tersimpan tanpa digunakan.

Aksinya kurang memuaskan sejak akhir2 ini membuatkan terniat dihati untuk membedah isi perutnya. Yang menariknya walaupun harganya kurang dari rm300 namun jelas setelah di bedah komponen dalamnya x lah serumit mana. Cukup ringkas dan yang lagi menarik walaupun telah di asak pada air masin ianya tetap x meninggalkan kesan karat pada isiperutnya (pernah sekali lemas dalam air masin). Cuma magnet brek nya saja yg sedikit berkarat dan warna rangka body nya mengerutu kesan daripada tekanan air masin.

Isi perut Silstar BC


Rasanya x sedap kalau memberi si kawan barang yg nampak buruk, maka inisiatif mewarna kembali bodynya dilakukan. Harap-harap reel ini boleh lagi menyumbang khidmat pada pemilik barunya.


Saya spray putih ja bro, harap ko suka color ni


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)