Trip kali ini di temani dengan geng2 pemancing tegar PKK ( PKK Fishing Team ). Trip yang pada awalnya dirancang pada waktu malam terbatal akibat hujan turun pada malam tersebut. Perubahan terpaksa di buat pada minit2 akhir yang mana kami merancang trip ni diganti pada awal pagi iaitu setelah bersahur. Berumpankan udang hidup saiz sederhana king dan basung segar kami mula turun ke lokasi iaitu kg.Karambunai jalan kuburan (port biasa aku pigi). Keadaan air pada masa rombongan kami sampai beransur surut setelah pasang pada malamnya. Seawal melabuh umpan seperti tiada patukan ikan di terima. Maka aku mencuba udang yang bersaiz kecil sedikit, setelah menunggu beberapa ketika joranku menerima satu sambaran. Sentapan terus dibuat dan seekor kerapu juvenil berjaya dinaikan. Berapa ketika kemudian joran ku melengkung lagi, kali ini Sang Siakap merah pula membaham umpan. Walaupun bersaiz juvenil tarikannya cukup masyuk (aku sudah mula mengilai ikan yang dikenali drakula ni).. Tidak lama kemudian Mat Syah pula berjaya menaikan ikan Kekek, bermata kailkan saiz halus dan berumpankan sedikit isi udang mamat ni berjaya menaikan beberapa ikan-ikan kecil (saiz goreng pun sodap) antaranya ikan Kekek dan ikan Kerisi. Aku pula terus mendapat ikan-ikan yang pelik antaranya ikan Sebelah dan ikan Pocong a.k.a bebaji yang berjaya memancutkan darah di jariku akibat durinya yang tajam.
Melihat hasil yang dinaikan mat syah semakin galak, kami semua mula bertukar mata kail bersaiz halus dan sekali lagi saya mencipta rekod baru iaitu menaikan ikan Kerisi dan ikan Kekek di lokasi tersebut. Walaupun saiznya kecil (sememangnya saiznya macam tu) tapi cukup mengasyikan jika menggunakan set ringan.






Labels: Aktiviti