Kali ni ketua TFC turun sekaki, cuma trip ni sedikit lewat dimana kami mula memancing pada pukul 3 petang hingga pukul 5 petang. Akhirnya kami berjaya naikan 9 ekor udang galah namun tiada si sepit Biru. Antara ahli turun En Haidy (ketua TFC), Kak Jun, hardy dan halen.

Cukup meriah sebab bergabung dengan pakcik2 dari Masapol yang memang banyak mulut. Rasa macam berlumba2 penuhkan bekas udang. Pakcik2 tu saja mau dah pancing 5-6 kg udang sebab dia org turun seawal pagi lagi.

Udang oh udang

Pada awalnya trip ni hanya untuk lepas gian sahaja. Lokasi awal cuma di sekitar jalan berhadapan pelabuhan lama kota kinabalu. Namun En Azizi ( member baru, otai pancing juga ni ) mencadangkan untuk beralih ke lokasi yang lebih mendatangkan hasil dimana tempat ni baru lagi bagi kami. Sebelum ni tidak pernah terdengar pasal port baru ni, semuanya atas cerita-cerita orang sahaja. Sebabkan lokasi ni tidak lah jauh dengan lokasi awal, kami berpindah dan menghala ke port yang baru ni dengan harapan ianya lebih mendatangkan hasil berbanding port sebelum ni. Tempatnya cantik, selesa, ada lampu dan kerusi lagi. Dan yang lebih penting tempat ni keberangkalian sangkut adalah tipis sekali. Cuma sekali masuk kena bayar rm 10, dan ianya dibuka bermula 6 petang sampai 6 pagi. Berbekalkan umpan udang hidup dan sotong pasar kami memulakan operasi.



Ikan Putih yang masih kuat ( hasil pancingan En. Azizi )


Ikan putih seberat 400 gram antara hasil pada malam tu,

selain tu dapat ketam, kerisi dan ikan tanda




Cuma 3 orang ahli beraksi masa tu ( hardy, Jalleh dan Helley ). Namun sedikit hampa sebab ikan ( ikan Cermin a.k.a Ebek ) di target tidak muncul-muncul. Sedikit pengubat hati bila beberapa anak kerapu, ikan pisang-pisang dan spesis ikan bayan memakan umpan. Cuma sayangnya beberapa ekor ikan terlepas balik sebab penutup tempat ikan terbuka bila di letakkan dalam air. Tepat jam 12 kami berangkat balik sebab ada hal lain perlu di buat. Namun saya menyambung balik aktiviti berseorangan sebab umpan masih banyak lagi. Sayang pula kalau dibiar macam tu saja. Akhirnya trip ke 2 pada hari tu saya sambung di lokasi tebing Yayasan Sabah. Disana cuma ikan kirung-kirung yang makan umpan dan saya berjaya menaikan 5 ekor kirung-kirung dan seekor utik untuk menamatkan trip hari tu.



 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)