Trip dirancang secara mengejut ini di sertai 2 orang member cEddy ( PKK fishing Team ) ngan RS ( realsnail KPN ). Sudah lama juga mengidam untuk mencuba kolam yang terletak di Kuala Abai KB dan akhirnya tercapai juga. Bertolak di awal pagi kami membawa beberapa peralatan tempur yang memang di khaskan untuk melayan kolam sahaja. Akhirnya lebih kurang jam 9 kami sudah terpacak di lokasi. Kami memilih untuk mencuba nasib di kolam A yang mana kolam ni hanya untuk tangkap lepas dan mengambil pakej rm20 utk 3 jam. Target utama kami sememangnya adalah siakap putih idaman kalbu.

RS (realsnail KPN), aku la, Eddy (PKK fishing team)

Kerapu kedua RS, ikan pembukaan pun kerapu juga hasil RS
( Tiada gambar bab time tu dia jauh dari aku )

Hasil pertama cEddy baby GT

Siakap pembukaan RS

Kerapu hasil kedua Eddy (risau sudah ni, adakah aku
cuma akan jadi pengambil gambar bukan yg di gambar huhuhu)

Akhirnya, siakap pertamaku ( berlesen casting siakap sudah
ku walaupun ikan kolam huhuhu )

Siakap berdarah eddy ( siakap ke 2 yg pertama tida
sempat gambar mamat ni duk jauh2). Masa lepas balik
nyawa2 ikan sudah(aik memang la tu ikan huhuh) nasib baik aku ingat
cara kasi bantuan pernafasan ikan hehehe

Siakap kedua RS

Sekali lagi mengena..


Man of the match


Kawalan ikan kena kemas, tidak boleh layan lama2 nanti mati pula.
Ikan dia cepat lemas, dapat ja gambar kena lepas cepat2
nanti kena denda kalau mati hehe

Siakap kedua dan terakhir ( 2 ekor ja aku punya rezeki ari ni,
banyak rabut, mau 4-5 kali sudah rabut )

Lepas dia..dia lagi..pastu dia lagi..huhuhu.. otai kolam betul
( SP memang laku )

Memang terselah keOTAIan si RS ni entah berapa
ekor sudah dia dpt

Ikan penutup tirai merangkap siakap ke 3 hasil cEddy
( Guna gewang tu beb )


Keputusannya,

Realsnail
Rabut = 8-9 kali (betul ka ni bro)
hasil = siakap 5 ekor, kerapu 2 ekor

Eddy (kena racun casting sudah huhu)
Rabut = dia tida kasi tau
hasil = putih 1 ekor, kerapu 1 ekor, siakap 3 ekor

aku
Rabut = 4-5 kali (hampir dpt lesen MJ, dia cucuk2 belakang ja aku punya SP)
hasil = siakap 2 ekor saja bole la daripada tiada


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)