Kegatalan tangan untuk bermain dengan rod di dalam bulan2 ramadhan akhirnya sampai kemuncak apabila satu trip mengejut ku atur sempena menyambut kemerdekaan negara. Orang lain menyambut kemerdekaan di dataran tapi lain ceritanya bagi kaki pancing macam kami.

Beberapa rakan ku hubungi dan mendapat balasan positif. Hasilnya terkomplot satu trip menduga Kolam Anglers Delight Beringgis yang disertai Azizi(Gogoyeha), Harun(Real Snail) dan aku sendiri. Kolam tersebut menjadi pilihan tempat kami melepas gian atas perkabaran daripada beberapa rakan pancing yang sudah pernah merasa tarikan ikan kolam tersebut, keputusannya boleh dikatakan memuaskan.
Azizi mula membuka tirai sesi malam tersebut


Siakap ke-3 Azizi


Akhirnya ikan pertama ku daratkan,
siakap sini boleh dikatakan kuat melawan

Siakap terbesarku malam tu,
"Syok" tulah kata boleh ku ungkapkan

Sedikit penceritaan berkenaan kolan tersebut. Kolam dibuka 24jam, jadi boleh saja datang bila2 masa. Minimum tempoh memancing di sana 3 jam. Bayaran masuk dikenakan 5 jam atas deposit yang mana satu jam bersamaan rm13. Kalau mau stop selepas 3 jam baki akan di kembalikan untuk 2 jam tadi. Dari segi set cuma dibenarkan membawa satu set sahaja. Penggunaan umpan tiruan di larang, cuma dibenarkan umpan udang hidup atau mati sahaja serta umpan bottom yang biasa dipakai. Atas dasar tersebut kami memilih kaedah casting menggunakan umpan udang yang dibuang kulitnya.

Sedikit pemandangan di kolam tersebut

Berkenaan dengan ikannya pula, tiada had..Kalau boleh tuai 100 ekor pun boleh aja di ambil bawa balik tanpa bayaran. Tapi logiknya x la ko org dapat tuai sebanyak tu kalau dalam tempoh 3 jam. Terdapat ikan jackpot dipertandingan yang mana sesiapa mendapat ikan terberat dalam tempoh satu bulan akan memenangi hadiah. Cuma sedikit kekurangan pada kolam ni adalah mutu ikannya, bukan dari segi lawannya tapi dari segi kesihatanya. Terdapat beberapa ekor ikan yang di perolehi terpaksa di lepas kembali kerana mempunyai masalah kulit.


Hasil kami bertiga selama 3 jam

Kembali kepada cerita kami bertiga, hasil selama 3 jam Azizi mendapat ikan terbanyak sebanyak 5 ekor, aku pula cuma berjaya menaikan 3 ekor dan Harun 2 ekor tu pun belum masuk yg tangkap lepas dan strike tapi x lekat. Lebih kuran jam 1 kami stop dan kembali ke kk.

Layan Casting bawah jambatan
Nasib baik sudah merasa tarikan ikan kolam kalau
tidak tidur x lena juga balik2 rumah sebab kumpau



Ingatkan trip sudah tamat, tapi kami balun lagi layan casting di bawah jambatan yayasan sabah. Mungkin yang ni pula untuk melepas gian bermain gewang tiruan. Namun setelah lama mencuba dan melihat keadaan air bergerak surut dengan lajunya kami mengubah haluan ke pot melayan si bulan. Namun pot bulan juga kurang memberangsangkan sehinggalah jam menunjukan 3.50 pagi. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bersahur dahulu. Sebelum menamatkan trip sempat lagi mencuba pot bangunan terbangkalai untuk menduga haruan selepas sahur. Namun tiada sebarang sambaran maka kami mengakhiri trip pada tersebut pada jam 6.50 pagi. Layan lepas gian betul....hehe

Satu-satunya Bulan dinaikan oleh Harun

Closeup


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)