16/03/2009 ( Hari Pertama )

Bawak 2 set joran ( Casting & Bottom )

Seberang tu Jesselton

Dekat dengan pelabuhan polis marin Kota Kinabalu

Muka pun sudah hitam macam negro

Jambatan Dekat Yayasan Sabah

Dapat seekor anak ikan Jenahak saja di jambatan tu, ok laa tu daripada tiada

Pagi - Punya la bersemangat, cuti lah katakan so memang plan mau memancing ja kerja sambil cari port-port best. Belum puas memancing minggu lepas saya menyambung aktiviti secara berseorangan pada hari isnin. Port yang di tuju adalah berdekatan dengan pelabuhan kapal polis marin kota kinabalu. Lokasi ini betul-betul belakang SURIA yang tengah building ( atas sumber-sumber kaki pancing yang lain mengatakan tempat ni memang terdapat ikan putih, ikan cermin, alu-alu (titir) dan tenggiri. Mungkin disebabkan air yang dalam menjadikan ianya tempat permainan ikan2 kelas laut dalam ). Sempat sarapan dan membeli sedikit mata kail untuk memancing pada hari tu dan aktiviti bermula lebih kurang pukul 11 pagi, masa ni air masih surut. Lebih kurang pukul 12 tiba-tiba satu tarikan ganas pada joran, saya jangkakan seekor ikan putih seberat 4 kg. Memang melengkung abis joran yang saya guna tu hari. First time dapat tarikan sekuat tu, mau bergegar lutut bah. Rasanya kalau saya paksa joran tu mungkin boleh patah, jadi saya ambil jalan selamat membiarkan ikan tu bermain-main sehingga letih. Tapi belum sempat di naikan, tali perambut pula putus akibat terkena batu-batu ditepi tepi tebing, sayang betul mungkin tiada rezeki lagi. ( Syukur juga la sebab merasa juga tarikan ikan seberat tu, maklum laa belum ada pengalaman lagi ). Pukul 3 petang saya ambil keputusan untuk balik dan singgah di beberapa port lain (Jambatan yayasan sabah, sungai uitm dan tasik di depan Institut Latihan Perindustrian) untuk testing casting guna gewang baru. Dekat jambatan Yayasan sabah saya berjaya menaikan seekor ikan Berahan a.k.a ketambak guna bottom (banyak batu, ranting dan sampah sarap), itu pun duduk sekejap saja sebab hari mau hujan. Hari tu saya balik dengan seekor ikan saja. ok laa daripada tiada, kompom kena perli orang rumah ni..hehehe..

17/03/2009 ( hari Kedua )

Bot Pukat Tunda menunjukan kawasan ini memang dalam sebab menjadi laluan kapal

Ni ikan pisang-pisang yang di naikan, kecil2 ja bah

Penting ni kalau tidak mau tangan tu terbakar

Pagi - Igauan tarikan ikan putih semalam memang kuat sehinggakan saya datang berkunjung lagi untuk mencuba nasib di tempat yang sama secara berseorangan. Lepas paking kereta saya terus angkut barang pancing menuju lokasi sambil melihat beberapa kaki pancing yang lain tengah beraksi. Dan masa tu juga la tiba-tiba joran salah seorang pemancing strike dan berjaya menaikan seekor ikan cermin sepanjang setengah meter. Memang best, harap-harap lah ikan tu berminat pada umpan saya hari tu. Mungkin ikan masih kenyang saya cuma berjaya naikan beberapa ikan kecil saja di kawasan tu antaranya anak kerapu dan ikan pisang-pisang. Tengahari saya balik rumah untuk isi perut..

Petang - Bersambung pula pada petangnya, saya mencuba lokasi sungai di depan UMS. Mana la tahu ikan selungsung menyambar umpan. Sambil-sambil men-try casting, seorang kaki pancing duk melepak sambil berborak. Dari apa yang di ceritakannya, memang ada ikan selungsung a.k.a siakap putih di kawasan tu. Lagi-lagi dekat jambatan ke Kingfisher tu, kalau malam memang kawasan selungsung laa tu. Teringin juga men-try tempat tu, mungkin next trip laa.. pastinya waktu malam..Petang tu balik tangan kosong.

18/03/2009 ( Hari Ketiga )

Tiada ikan ni bilang si Helley

Saya casting ada juga tu ikan kejar, tapi di kejar saja bukan dia mau makan tu gewang
Kalau di ikutkan, seberang tu adalah Lagoon Karambunai

Pagi - Inilah yang dikatakan hobi utama, memang pulun habis cuti untuk turun memancing (wife pun bising2 sudah, badan pun sudah mau jadi negro). Trip kali ni bertemankan helley, kami mencuba nasib di Kg. Betangan (seberangnya tu Karambunai). Ini pun atas cerita kaki pancing semalam, dia bilang kalau baik nasib bole bawak pulang satu baldi ikan. Itu kalau baik nasib, lagi satu kalau tau lubuk memang laa boleh dapat banyak sebab kawasan tu panjang dan banyak sangkar ikan.. Tapi kalau setakat try n error tu 50-50 ja la. Pagi tu kami pulang tangan kosong..

Petang - Lepas makan turun beraksi pula, kali ni berseorangan lagi. Lokasi menjadi pilihan Karambunai Lagoon (sebab ari tu dapat 5 ekor ikan di sana jadi mau juga try2 mana tau sangkut), Sampai dekat gate masuk terus buat muka sepuluh sen minta bagi masuk free sebab kalau masuk sana pun bukan memancing di kawasan Lagoon tapi disebelah muara sungai mengkabung. Untung kena bagi masuk free, yang tidak best tu kena bejalan kaki sejauh lebih kurang 1 km lebih juga tu. Baru saja melabuh umpan udang hidup, rod sudah bergegar2.. Sekali strike terus ja sambar joran dan kasi lepas joran casting ( Saya biasa bawak dua joran, satu guna bottom satu lagi guna untuk casting ). Sekali tengok ikan ketambak seberat lebih kurang 100 g. Disebabkan hari sudah mau hujan almaklum la sekarang musim hujan sebelah petang, saya balik dengan membawa 4 ekor ikan hasil pancingan hari tu. Satu kepuasan walaupun memancing dalam 30 minit ja.

Hasil Tangkapan Petang tu ( Berat lebih kurang 100g seekor )

Orang cakap ini ikan tanda dan dari rujukan dari majalah pancing org panggil ikan merah tanda sebab ia mampu membesar sehingga atas 2 kg. Berbeza dengan saudaranya ikan kunyit yang mempunyai jalur kuning di badannya yang cuma mampu membesar dibawah 1 kg sahaja.
Nampak sama tapi tidak serupa, ini mungkin ketambak
Goreng pun sodap
19/03/2009 ( Hari Keempat )

Pagi - Ingatkan mau cuti dari memancing khamis ni, tapi disebabkan umpan udang masih ada lagi, saya memasang langkah untuk bertandang ke Karambnai Lagoon. Lokasi manjadi pilihan adalah sama seperti tempat petang semalam. Kali ni masuk free juga sebab pintu terbuka luas, apa lagi redah je.. Sampai di sana rasa panas terik, Saya cuba membaling umpan (bottom)dan seperti biasa satu joran untuk casting. Namun hampeh sebab patukan pun langsung tiada. Time ni juga saya sempat tengok seorang mat salleh main Fly, Cam best pula tu. Untuk Casting pula, ikan ada menyambar gewang tapi tiada yang melekat. Tunggu punya tunggu sampai datang dua budak berperahu menyembang2 dengan saya. Last2 dia orang pelawa join memancing dari atas perahu (tq guy) dan hasilnya kami berjaya menaikan 8 ekor ikan ketambak a.k.a bebarahan. Semua ikan diberi pada saya bagus betul budak-budak ni. Dan tepat jam 12 tgh saya berangkat balik untuk makan tengahari dan sesi ini tidak bersambung ke petang. Terimakasih sekali lagi sama itu budak-budak ( lupa pula nama dia ) sebab bawak saya naik perahu. Ada masa lagi saya pasti berkunjung semula di sini.

Ikan ni saya google nama dia Tanda (yg ada belang2 kuning tu ikan kunyit). Banyak betul nama ikan ni. Dua ekor saya pancing, selebihnya budak2 tu yang pancing.

Hari ni saya turun beraksi bersama 2 ahli baru berjinak2 dengan pancing ( Helley dan Jalleh ). Bertolak jam 7 pagi kami terus mencari umpan. Umpan pilihan adalah udang hidup, namun sedikit gangguan teknikal sebab tuan punya udang tiada di rumah, kena lah kami menunggu sehingga beliau sampai. Beberapa orang kaki pancing juga turut menunggu dan kami sempat bertanya beberapa port yang diaorg selalu pigi. Atas dari sana la kami bertiga memilih Karambunai sebagai lokasi memancing pada hari ini.

Udang idup 20sen seekor (RM6-30ekor)

Selesai membeli umpan kami bertiga terus bersarapan di kedai berdekatan. Takut nanti pengsan pula sebab tidak cukup tenaga, mana lah tau dapat naikan pari seberat 25 Kg (berangan ja tu). Dan last-last kami sampai di lokasi lebih kurang pukul 10 pagi. Padahal dekat saja tu karambunai dari rumah, kalau ikut kan dalam 10 minit pun boleh sampai sudah tu lokasi memancing, hairan-hairan...

Sampai sana kena bayar masuk rm10. Mau mancing ikut suka, di jeti atau sekitar2 lagoon tu pun inda apa. Last2 kami memilih untuk kekawasan dimana muara sungai mengkabung (walaupun muara tapi masih air masin). Pikir2 bagus kalau buat jalan pintas ja tadi tidak perlu masuk gate pembayaran sebab kami memancing pun bukan di kawasan lagoon.


Lokasi Pertama kami, sekitar Lagoon ( Banyak ikan-ikan kecil belanak, kirung-kirun dan macam2 lagi )


Baru mau pasang mata kail


Jalleh dan Helley

Helley bersama Joran baru


Lokasi kedua bersebelahan lagoon (kira muara sungai Mengkabung), kena pintas semak samun baru boleh sampai dengan cepat

Kontrol itu perut bah bos

Ingatkan pari, sekali tengok pelastik sampah..kurang asam betul

Kalau baru berjinak-jinak memancing mesti ikan pun suka makan umpan ooo.. Tengok saja Mr helley ni 4 ekor dia dapat, Jadi bagi yang baru memancing kamu inda akan menyesal kalau turun beraksi percaya laa..

Ini lah hasilnya, Ikan pasir, Kerapu, Kirung-kirung, Anduping ka apa tu kurang pasti.. aik, mana lagi satu ekor.. hilang sudah

Kami guna teknik bottom dan saya ada mencuba teknik casting, last2 sangkut 2 gewang.. Sayang betul saya gewang tu sudah lah mahal tapi mau buat macam mana kan, tu ranting lagi suka makan gewang dari tu ikan. Tapi tidak menyesal mana kerana mencuba sebab ada beberapa ekor ikan mengejar gewang menunjukan casting pun boleh diperaktikan di kawasan ini (Nampak gaya macam unga dan ikan merah). Dan percubaan di Jeti karambunai lagoon semasa mau balik, saya hampir mendaratkan ikan cuma ikan tidak lekat pada mata kail (Juga dipercayai ikan merah sebab nampak jelas ikan tu baham gewang cuma tak sangkut ja pada mulut dia).

Akhirnya kami memilih untuk balik pada jam 1 ptg dan yang penting kami tidak balik dengan tangan kosong (walaupun saya tidak dapat seekor pun). Helley berjaya menaikan 4 ekor ikan dan Jalleh berjaya menaikan seekor ikan. Bak kata si Jalleh macam perlawanan MU VS Liverpool (1 - 4). Next time saya teringin mengcasting lebih lama di Jeti karambunai ni..

Mulanya nak mengikuti Trip memancing bersama En Fauzi ke laut menggunakan Kapal. Tapi terbatal niat tu sebab kena pergi airport untuk menghantar Mr Sidiq sekeluarga yang balik bercuti. Namun selepas dari airport saya terus turun beraksi walaupun seorang diri. Lokasi menjadi pilihan adalah sekitar perairan Navy, Sepanggar ( Dah di kategorikan laut walaupun dari tepi2 jalan saja ). Menurut cerita orang di kawasan sana, ikan yang pernah dinaikan dikawasan tersebut adalah spesis kerapu. Dan daripada tinjauan memang terdapat anak-anak ikan di tepi-tepi tembok pemecah ombak. Ada anak ikan mesti ada ibu ikan sebab di sana lah dia cari makan.




Kalau diikutkan perairan Navy ni panjang ( Macam teluk likas juga la ), tapi saya memilih port yang dekat dengan jambatan ni. Dan disini la lokasi dimana kerapu sebesar peha dinaikan.


Seluas luas mata memandang, di situ ada laut/sungai disitu la ada ikan. Saya berpegang pada kata-kata ini walaupun selalu balik dengan tangan kosong. Kawasan ni juga adalah berdekatan dengan Jeti Jabatan Laut, tapi tempat tu belum try lagi. Next time mungkin mencuba sekitar jeti tu mana la tau dapat kerapu sebesar peha.

Sebenarnya bukan port ini saja tempat saya beraksi pada hari tu, saya juga sempat mencuba nasib di sekitar pelabuhan sepanggar (bukan di pelabuhan laa, dekat2 kawasan port saja) namun kucewa sebab mungkin tiada nasib ataupun pemilihan lokasi yang salah. Akhirnya saya balik dengan tangan kosong setelah menghabiskan masa selama 4 jam. Namun ini bukannya pemutus semangat untuk terus beraksi, next time ada rezeki dapat juga tu.. Awas ko ikan-ikan di sepanggar, lain masa ko kena juga dengan saya.. Kalau ada rezeki orang bilang.

Ahli baru

Kemasukan 2 ahli baru menyemarakan lagi aktiviti memancing. Akhirnya mereka tewas atas ajakan untuk turun beraksi, Mr Jalleh dan Mr Helley adalah ahli terbaru mengikuti aktiviti memancing TFC. Saya (Penulis blog) , Jalleh dan helley sempat turun beraksi pada hari ini yang mana aktiviti ini adalah yang pertama kali diikuti oleh dua ahli baru ni. Ikuti cerita kami pada hari ini di ruangan "aktiviti".

Pada sabtu yang lepas Mr Jalleh telah mengikuti aktiviti memancing menggunakan kapal dan dia telah memperolehi rekod dimana berjaya menaikan sebanyak 7 ekor ikan. Menjadi ketagih, Mr Jalleh turun sekali lagi beraksi pada hari ini atas keberjayaan menaikan ikan semalam. Saya tidak berkesempatan mengikuti aktiviti semalam kerana menghantar Mr Sidiq sekeluarga ke airport, namun membalas dengan beraksi seorang diri di sekitar Perairan Jalan Navy, Sepanggar.

Sebenarnya Jalleh dan Helley ni adalah kawan sekerja Saya ( Hardy ). Puas sudah saya racun dia org ni last2 berjaya juga saya meracun diaorg ni untuk turun beraksi. Semoga bertambah lagi ahli-ahli TFC ni.

Ahli baru :
Jalleh
Helley

*Pic kemudian laa kasi masuk.


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)