Seperti biasa, sehabisnya waktu bertugas kalau rasa gian memancing semakin menebal aku akan melepaskan gian tersebut dengan acara casting. Namun kali ini aku memilih lokasi berbeza dari biasa (port haruan), target ku adalah untuk mencari kerapu yang mendiami perairan sepanggar. Disebabkan trip kali ini tanpa di rancang, aku beroperasi secara berseorangan.

Apa yang menariknya, belum pun sampai 50 kali aku melempar gewang aksiku di sambut oleh seekor penunggu di sana. Kali ini aku menggunakan gewang deep jointed minnow brand storm yang di tukar mata tunggal (sudah dapat naikan kerapu seekor ari tu), walaupun saiznya ikan alu-alu ni cuma dalam 400g namun cukup la untuk mengubat gian menarik ikan.

Selepas melepaskan semula ikan ni, aku meneruskan pencarian ikan kerapu. Namun, setelah lama mencuba dan bertukar-tukar port keputusannya tiada kerapu dinaikan. Apa yang menariknya, semasa hendak balik aku mencuba satu port(dirashiakan kedudukannya huhuhu) yang tidak dijangka2 didiami monster dengan hanya menggunakan SP. Disyaki adanya monster kerana, walaupun drag spool telah di ketatkan 80%, tali tetap dapat dimuntahkan sang penunggu lubuk. Namun akhirnya ikan berjaya melepaskan diri, dari penelitian aku yang masih level amatur ni spesis ikan mungkinkah si ungah a.k.a siakap merah a.k.a MJ yang mana dianggarankan seberat 1kg. Kenapa MJ, sebab aku nampak banyak anak2 MJ bermain2 dengan riangnya di lokasi tersebut. Next time akan ku cuba korek si monster ini untuk direkodkan dalam himpunan koleksi tangkapan ikanku.


Alu-alu CnR

Best..best..

Trip yang di rancang bersama owner blog huntez akhirnya berjalan juga. Sudah agak lama menunggu pelawaan pisang (owner blog huntez) untuk mencuba port kolam terbiar yang berada dekat kampung halamannya. Dari laporan yang ada pada blog huntez, kolam ini sebenarnya adalah kolam yg terbiar yang mana kolam ini mempunyai sambungan dengan parit yang berhubung dengan air dari laut(pantai) yang tidak jauh dari kedudukan kolam tersebut. Dari laporan, beberapa ikan siakap dan ungah sudah penah dinaikan di kolam ini. Cukup menarik sehingga aku tertarik untuk pergi mencuba kolam tersebut. Syukurla tuan punya port sudi berkongsi lokasi rasia tersebut (terimakasih banyak2 kepada pisang).

Akibat terlalu gian untuk merasa tarikan sang siakap, aku menghubungi beliau melalui sms untuk mengatur trip yang pada mulanya niatku cuma main2 sahaja. Sms dibalas dengan berita gembira, beliau sudi membawa aku pada port tersebut. Setelah berbincang, si pisang yang spoting ni juga membenarkan aku membawa seorang lagi kawan iaitu member dari KPN tuan RS kita. Trip ini akhirnya di komplot oleh 3 individu yg merancang cuma menggunakan teknik pancingan casting berumpan ikan tipu.

Cerita Sedih

Ini ceritanya, bertolak seawal pagi kami meneruskan perjalanan dari kk ke port tersebut yang mana menuju ke sebelah kuala penyu. Sesampai kami di lokasi, agak sedih pabila melihat keadaan air yang agak cetek. Setelah puas melempar gewang n menukar2 gewang tiada sebarang sentapan di terima. Berbeza dari penceritaan tuan punya port yang mana sekali lempar sahaja gewang terus di sambut siakap dan ungah. Akhirnya kami menemui punca sebenar keadaan ini berlaku apabila ternampak tinggalan pukat pada kolam tersebut. sah2 siakap kolam ni sudah abis dikaut sang pemukat. Akhirnya kami mengambil keputusan berpindah n mencari port lain dengan persaaan sedih.

Setiba dilokasi keadaan jerebu teramat la teruk

Belakang tu port kolam terbiar, sayang ianya
tinggal kenangan

Cerita gembira

Walaupun tujuan asal kami untuk mencuba port kolam terbiar, namun kami tetap gembira kerana sepanjang perjalan balik kami telah mencuba dan berjumpa beberapa port yang boleh dikatakan menarik dan berpotensi. Antaranya port kolam talapia n bulan2..(juga dikabarkan ada sang ungah). Pada port ini aku hampir2 menaikan beberapa sang bulan. Namun apakan daya si bulan lagi bijak dan licik melepaskan diri. Cuma pisang saja berjaya menaikan 2 ekor talapia dengan menggunakan sp. Lawananya cukup menarik.. Kami juga singgah di beberapa sungai sepanjang jalan semasa balik, antaranya sg tersembunyi di lokasi golf membakut(klu ngam timing dikabarkan siakapnya buleh tahan besar2), sg.madahan dah beberapa sungai lagi. Akhirnya, pada penutup sesi kami melepaskan gian menjalak parit2 tepi jalan(jln lama) kk-papar. Disana aku berjaya menambah lagi koleksi jalak dengan memperolehi 3 ekor jalak menjadi koleksi jalak yang ke-10.

Sudah lama mendengar cerita berkenaan port ni, akhirnya berjumpa juga
Lihat saja pada laporan teamlempayun

strike pertama pisang di sangka bulan-bulan

Makin lama makin besar saiz talapia ni, guna sp ja ni

huhu..layannzz

Ini ja la hasil yang dapat dibanggakan pada trip tersebut (gambar di cilok dari blok tuan huntez, tumpang sedut ya bro).

Trip terancang secara sambil lewa ni terlaksana juga. Memandang time ni aku cuti maka dengan senang hatinya aku mulakan sesi casting berseorangan pada lokasi yg telah diwar-warkan seawal jam 4 lagi (sebenarnya aku sudah 2 hari layan mancing tapi tiada hasil menyebabkan malas mau buat repot hehehe) . Trip yang di komplot bersama geng2 KPN dan antara yang turut ambil bahagian dalam aktiviti hari tu ialah azizi, ipen (siap pakai baju kerja tu) dan RS. Setelah mencuba dan terus mencuba maka aku berhasilah mendaratkan 2 ekor kerapu, azizi pula sekor ikan pisang2 ngan baby kerapu CnR, sifu ipen pula berjaya menaikan barracuda a.k.a alu2 walaupun saiz cnr manakala nasib tidak menyebelahi RS, cuba lagi bro.. (gambar di petik dari repot forum KPN)

Sesi casting rancak berjalan


hehehe akhirnya aku dapat lesen pertama casting kerapu

Pisang-pisang milik azizi

Alu-alu milik ipen

baby kerapu hasil azizi

Aku dapat seekor lagi dgn menggunakan SP, klu ikut dapat 3, satu lagi rabut namun sentapanya cukup untuk mengegarkan kepala lututku hahah


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)