5 Julai 2009

Sebenarnya aku malas mau buat report ni. Tapi tak kan mau tunjuk trip yang berjaya saja. Trip tak berjaya juga patut dimasukan sebagai rujukan kepada sesiapa yang berminat mengikuti aktiviti kami. Kali ini cuma 2 orang ( aku dan awg lam )yang beraksi di JP dimana port memancing malam yg biasa kami lakukan. Tiada gambar direkodkan dan tiada ikan dinaikan sebab tu dinamakan trip kumpau.. Keseluruhannya trip kali ini amat mengecewakan namun ianya bukan menjadi penyebab kami tidak akan berkunjung di JP. Tunggu waktu dan hari yang lain..


6 Julai 2009

Disebabkan umpan semalam masih ada lagi, aku mengajak wife dan My Bro ( selaku ketua TFC )yang duduk di melingsung untuk turun beraksi pada sebelah petang di sungai kinarut. walaupun pada masa itu air sudah mula surut, namun jiwa yang kacau tetap tidak mahu mengalah.. Akhirnya berjaya menaikan ikan yg aku sendiri pun tidak tau namanya..

Pandangan tepi

Pandangan depan, mata kail masih ada dalam mulut

7 Julai 2009

Ingatkan jiwa kacau sudah reda, mun disebabkan rasa kekumpauan yang melanda pada 2 hari trip memancing yg lepas. Aku membawa diri ke lubuk biasa aku memancing di karambunai dengan harapan dapat mengubat jiwa yang kacau. Mungkin saki baki kekumpauan tu masih ada maka dapat la cuma 2 ekor ikan pada hari tersebut.


Ikan tanda dan ketambak budak


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)