Tarikh keramat bagi geng2 pancing kerana pada malam ni memang ikan gelama tengah menganas di sg.bolong. Tarikh ni juga menjadi titik awal pertemuaan 2 geng kaki pancing iaitu Geng Huntez. Saya yang memang pengunjung setia blog si pisang ( owner huntez blog ) merasa satu peluang keemasan bila dapat berjumpa dan memancing bersama geng2 otai ni. Selain menambah teman, pertemuan seperti ini juga dapat memberi pengelaman dan perkongsian ilmu dalam bidang memancing lagi2 dengan otai huntez. Pada siang sebelum trip tersebut, saya mendapat msg dari bro pisang yang mana beliau mahu turun sekaki untuk turun beraksi setelah mengetahui daripada shoutbox blog TFC tentang trip malam tu. Saya terus mengatakan ya kerana peluang ini jarang2 berlaku. Malam tu semua orang merasa tarikan serta menaikan sang gelama.

*P/s Pisang aku ambil gambar dari blog ko ya..

Pisang hunterz Crew dengan gelamanya

Pok ju dengan ikan kaci

Lagi geng pancing PKK
, samsul

Akhirnya dapatlah gelama seekor

Kenangan bersama otai huntez


Sudah berlangsung JP JORAN 2009, port ni memang dah menjadi port melepas gian pada waktu malam geng2 komplot aku. Pertandingan memancing JP Joran buat kali pertamanya dianjurkan disini dan di sertai Otai Azizi. Aku cuma datang untuk bagi moral support hahaha. Walaupun beliau tidak mendapat tempat namun terpancar kepuasan pada wajahnya.. Lagi-lagi dapat mendaratkan seekor kerapu dan menjadikan 9 pemancing terbaik.

Ikan Juara, Ebek ( Ikan Cermin ) seberat 1Kg lebih

Kedua Ikan Sapi-Sapi

Beberapa hasil tangkapan lain

*P/s : Sorry otai, terlupa mau gambar otai kita beraksi, next time laa aku join pula

Selalu kalau umpan tak habis, esoknya misti ada trip bersendirian menghabiskan umpan. Sama lah juga bila trip sg.bolong semalam meninggalkan saki baki umpan. Esoknya pada sebelah petang saya memilih Lokasi Sutera Habour untuk sesi penghabis umpan berserta sesi ujikaji potensi perairan di sana. Hasilya memang memberangsangkan, banyak tarikan-tarikan ikan dan beberapa tarikan ganas dirasai. Cuma masalah kawasan berbatu menyebabkan lokasi tersebut menjadi penyumbang kepada kes pendermaan batu dan mata kail ke laut akibat sangkut dibatu.

Rasanya ikan pisang-pisang, best juga la tarikannya

Inilah hasil beberapa minit memancing di sana, boleh laa buat lauk

Trip ini terjadi atas desakan member opis ( Tonet ) yang baru nak menerjunkan diri dalam bidang memancing. Akhirnya terlaksananya komplot memancing di sungai bolong tuaran yang bermula pada sebelah malam sehingga ke subuh. Lokasi ini pernah di cuba satu ketika dulu namun tiada hasil diperolehi. Tapi pada malam tu membuktikan bahawa sungai bolong memang ada siakap merah yang pada mulanya saya kurang percaya bila Pok Ju menceritakan org selalu bawa naik ikan merah di sg.bolong. Sampai dilokasi sudah ada seorang pemancing berada di sana. Dan beberapa minit kemudian brader tu berjaya menaikan seekor siakap merah dalam anggaran 1 kilo membuktikan terus sg.bolong memang ada ikan MJ. Selang beberapa minit naik pula seekor sembilang.. memang makan habis brader tu, tu belum kira yang dia dapat sebelum kami sampai.


si Tonet yang beria2 sangat di opis td, last2 dia boleh layan sms pula

Pok Ju si pencadang lokasi malam tu

Siapa cakap otai tak turun, otai bah itu pantang dgr siakap merah ( Azizi otai siakap )

Akhirnya dapat la juga 2 ekor Ikan putih Jr pada malam tu

Lagi repot lewat sebab bz punya pasal, kali ni repot berkenaan perasmian bot Raja Tuyan milik Hj Diman ( Liau ku ). Ini kali pertama bot diturunkan sebab sebelum ni kena menunggu lesen dulu baru buleh turun ke laut.

Cuma boleh muat 2 orang untuk keselesaan, kalau 3 org beras sikit sebab guna engin sigal ( 5hp ) & kalau 4 orang ko org pikir la sendiri haha

Alai (adiku), haidy (Ketua TFC) dan My Liau ( tuan besar empunya perahu, kena tunggu lampu hijau baru buleh bawa perahu turun kelaut hehe )

Ani tah buatanya..

Trip kali ni memang mau memancing ikan, bukan mencari udang. jadi lokasinya adalah di muara sungai weston.

Port mencari umpan, memula merambat tapi tiada hasil..last2 pi beli sama nelayan udang siar mati harga rm5.

Inilah hasilnya kata ketua TFC. Cuma 2, 3 ekor ikan gerut-gerut dan beberapa utik (lepas balik) almaklum laa org inda tau lubuk cam ni gayanya..

Kesimpulannya teruji juga perahu RAJA TUYAN. Cuma sedikit rumusan perahu ni cuma boleh muat 2 org sahaja. Kalau lebih dari tu ada seksa sikit. Mungkin sedikit peninggian dinding agar air tidak masuk dalam perahu semasa berombak dan upgrade engin kepada 20hp adalah penyelesaiannya jika mahu memancing ikan di lautan mahupun memancing di lokasi berpotensi seperti Bintuka. Inda tau bila lagi mau turun ni, kena tunggu lampu ijau my big bos dulu baru boleh bawa turun perahu. Dengar2 my liau mau sewakan bot ni pada sesiapa yang teringin memancing di perairan weston.


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)