Lokasi tidak lain tidak bukan adalah lubuk kerapu terhangat pada masa ini. Bertambah hangat bila acara dilakukan sampai kemuncak. Kawasan lapang, jam 9 pagi paham2 ja la bahang matahari tu macam mana. Mendidih otak ooo..pa tah lagi kalau tiada hasil. Namun kawan kita tetap membawa hasil lumayan kerana datang pada masa dijanjikan ( last2 aku yg datang lewat huhuhu ).
Apa yang menarik pada awal pagi memang pelbagai spesis pemangsa memunculkan diri antaranya alu2 remaja, kerapu (sudah diketahui memang lubuknya) dan yang terbaru ikan ini seakan selungsung ataukah selungsung(sebab nampak berkilat putih ja badan dia bila lakukan lompatan akrobatik) dan bro jalakman pula melihat beberapa bakulan mengejar2 sambil melompat untuk menerkam anak2 bilis yang memang banyak diwaktu pagi. Tempat ini mesti pigi jika ada kelapangan di waktu pagi maupun petang.
Labels: Aktiviti