Trip yang di komplot dengan krist & the geng telah berjalan lancar pada minggu lepas. Lokasi yang di kongsi bro krist memang betul2 best. Apa tidanya, tempatnya tidak panas pastu memang ada potensi kawasan tu(kata2 selalu aku guna walaupun selalu kumpau pada satu2 port hehehehe). Berbekalkan umpan udang hidup aku membawa komplot dari PKK fishing team untuk berjumpa dengan krist & the geng di awal pagi bagi melakssanakan misi memburu sang siakap putih idaman kalbu.

Ikan pertama dibawa naik adalah sang kerapu dari geng krist, kemudian seekor baby GT. Manakala geng kami masih sepi. Namun penantian berbaloi juga bila Matt Syah berjaya menaikan sang kerapu yang pada awalnya di sangka sangkut batu, Setelah dibiarkan seketika kerapu mengalah juga dari berbelit pada sarangnya.


Kemudian diikuti joran Eddy yang berjaya menaikan baby ketambak. Aku pula rasa2 macam mau kumpau sudah hari tu. Nasib masih baik dihujung2 trip sang ungah menyambar umpan pada joran ku. Kemudian geng aku terpaksa mengundur diri kerana kehabisan umpan.

Manakala geng krist meneruskan perjuangan sampai ke petang. Dari kabarnya berjaya naikan 2 ekor selungsung, 4 ungah dan selebihnya kerapu. Tahniah pada geng krist, port tu memang ada ong. Walaupun kami cuma berjaya naikan ikan seekor seorang dan tidak berjaya naikan ikan target kepuasan tetap ada biarpun aku cuma naikan sang siakap merah. (siakap juga bah kan) Terimakasih berbanyak2 lagi pada saudara krist bab membawa kami ke lokasi tersebut.


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)