Teracun dengan kabar semalam, dua rakan pancing PKK ( Eddy n Jalleh ) mengajak aku untuk pergi menjalak lagi selepas waktu kerja. Kali ini aku terus membawa mereka ke lokasi semalam kerana memang sah2 akan menghasilkan ikan di lokasi tersebut. Sampai saja di lokasi, acara casting pun bermula, namun agak menghairankan sebab ianya tidak sama seperti semalam. Balingan pertama langsung tidak di sambut.

Setelah puas mengcasting lam 5 minit aku menjumpai satu petanda dimana port tersebut baru saja di casting mungkin pada sebelah paginya. Ini mungkin penyebab kenapa ikan haruan tersebut agak berhati-hati. Namun tidak mengalah kami mencuba dan terus mencuba dimana akhirnya katak kipas ku di ragut sekali lagi menambahkan koleksi jalak dalam senarai dan menjadi jalak ke 5 hasil casting. Teruja dengan hasil yang ku perolehi membakar lagi semangat cEddy utk mengcasting dan tidak lama selepas tu si kawan pula mendapat lesen pertama casting dalam hidupnya, seronok bukan main ye..lepas ni boleh la kita lebih aktif layan casting huhu.

Haruan skala 600g

Eddy juga tak lepas peluang bergambar dengan ikannya ( hari tu cJalleh tiada ong lagi tapi cukup bersemangat untuk mendapatkan lesen, next time kita atur trip lagi )

Memang karan jalak ni sungguh menusuk di dalam kalbuku. Apa tidaknya, aku sudah mengilai casting jalak selepas berhasil menaikanya pada awal bulan lepas. Memandangkan aku bercuti pada hari ni satu aktiviti pencarian port2 terbaru di jalankan walaupun berseorangan.. akhirnya aku menjumpai satu lubuk n syurga bagi haruan( apa tidaknya nampak jelas beberapa haruan bersaiz gadang mengambil nafas dgn kerap sekali ).. Sempat juga buat eksperimen dari penggunaan katak tanpa kipas, beralih penggunaan softplastik.. Memandangkan masih tiada hasil bertukar pula penggunaan janggut.. Pun tidak berhasil memikat si haruan dan dihujung2 pengakhiran trip (sudah lewat kena ambil org umah lagi balik kerja) aku menukar kepada penggunaan katak berkipas. Keputusanya sangat mengujakan, sekali baling terus dapat sambaran jalak bersaiz 500-600g. Selepas selesai sesi fotografi, balingan kedua juga tidak di sia siakan si jalak rakus. kali ini berskala 1 kg. Menjadikan rekod terbesar haruan yg aku perolehi..

Menjadikan rekod ke 3 ikan jalak ku perolehi (yg kedua aku dapat hari sebelumnya, tapi tak ambil gambar bab hp tinggal di rumah)

Dari penimbang tu menunjukan 1/2 kg

Ni dia ikan jalak tuJalak kedua hari tu, rekod jalak terbesar 1 kg

Bacaan menunjukan 1 kg

tengok la bertapa gemuknya ikan ni, sib baik aku x pandai makan ikan ni. Rasanya ada lagi jalak saiz2 monster dalam port ni. harap2 dapat merasa skala 3 kg huhu


Ambil gambar dulu sebelum CNR

Hari tu merupakan trip pertama aku menaikan ikan jalak a.k.a dalak a.k.a haruan melalui acara casting sebagai pembukaan tirai baru 2010. Ianya juga menjadikan ikan jalak pertama hasil casting dan ikan ke 3 ku perolehi melalui casting. Teruja melihat dvd pemburuan haruan di sarawak membuatkan hati ingin mencuba dan merasa sendiri karan daripada terkaman sang haruan. Memandangkan port jalak memang banyak di sekitar tempat tinggal memudahkan lagi pergerakan memburu ikan tersebut selepas waktu kerja. Trip berseorangan ini akhirnya menjadikan titik permulaan aku meminati spesis ikan berkepala ular ni.

Katak huduh yg berjaya menipu ikan

Ini la dia mangsaku, haruan 500g

gambar kenangan bersama si ikan

CNR bye bye.. lain kali jumpa lagi


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)