Belum puas trip pada malam tadi saya menyambung trip seorang diri di Muara Sg. Mengkabong. Lokasi yang sudah menjadi port memancing bagi saya ini memang tak menghampakan seperti sebelum sebelum ni. Walaupun saiz ikan nya bukan lah mega2, tapi tarikannya cukup mengubat hati yang ketandusan tarikan ikan. Spesis yang biasa mendiami di tempat ini ialah ikan tanda, ikan ketambak ( saiz kecil saja bah, kadang2 orang panggil anduping ), alu2 dan kalau baik nasib boleh dapat kerapu.

Disebabkan sedikit masalah teknikal, trip ini terpaksa bermula pada jam 2.30ptg dan berakhir 4.15 ptg, trip kali ini berjaya menaikan 8 ekor ikan saja. Ok laa buat lauk malam karang..




8 ekor je selama 1 setengah jam lebih kurang
Zoom sikit, ada ikan tanda, ikan ketambak, pisang2 dan baby GERONG BELANG pun ada..



Trip kali ini disertai oleh Azizi a.k.a otai siakap ( turun pukul 5 ptg lagi ) dan Awang lam ( owner blog geng joran sabah ) dan saya sendiri yang turun sedikit lewat. Walaupun cuaca di jangka hujan pada malam tu hati tetap tegar untuk turun beraksi. Berbekalkan udang idup, sotong dan ikan basung ( otai azizi sponser ) kami berjaya menaikan beberapa ikan kerisi, ketam, utik dan ikan tanda. Lebih kurang jam 12 mlm Azizi dan Awg lam terpaksa mengundur diri terlebih dahulu kerana ada urusan pada esok pagi. Tinggallah la saya menunggu patukan sang pengunggu Jeti Jeselton point. Akhirnya penantian berbaloi juga dengan berjaya menaikan pari @ tuka berumpankan udang hidup. Last sekali terpaksa mengalah pada mata yang dah kuyu dan tepat jam 2.30 pagi saya berkemas2 untuk balik. Malam tu cuma utik dan tuka saja sudi menjamah umpan saya hidangkan walaupun hampir hampir menaikan ikan bersaiz besar yang tak diketahui spesisnya sehingga memutuskan perambut 30 lbs.





Ketam dan utik

Pari Tuka


Sampai rumah baru perasan pari ini membawa 2 ekor anak, tau dari awal boleh lepas balik.




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)