Ikan Kerapu


Habitat : Laut terbuka, laut cetek, dasar laut subtidal, terumbu karang, air payau, dataran antara pasang-surut, dan teluk persisiran masin. Lebih suka bersembunyi di kawasan berbatu dan batu karang sebagai sarangnya.

Cara Memancing : Teknik bottom dan Casting

Umpan : Semua jenis umpan berkesan (sotong,isi ikan,isi udang, udang idup, isi ketam dsb). Kasi umpan besar2 pun inda mengapa, ikan ni selera nya pun besar. Tips orang bagitau kalau memburu ikan kerapu ni, bila ikan ni menyambar umpan, jangan kasi peluang dia balik lk sarangnya takut-takut nanti berputih mata sebab line putus.

Ikan kerapu ni banyak jenis, Klik sini kalau mau tengok jenis2 ikan kerapu ni.
http://fishbase.org/ComNames/ComNamesPicList.cfm?Criteria=ComNames.ComName+like+%27%25kerapu%25%27

Sorry la terlewat posting bagi aktiviti di Teluk Likas. Sambil berkelah sambil memancing, tak banyak yang dapat diceritakan cuma berjaya memujuk seekor ikan cermin (ebek) saiz kecil menggunakan teknik bottom berumpankan umpun2.
Ini dia Ketua TFC dengan gaya koboi

Cuma seekor saja berjaya dinaikan oleh Pn Halen kita ni..


Penulis & Anak kesayangan

Aktiviti terbaru TFC pada sabtu bebaru ni. Lokasi di tuju ialah kampung Tanjung Aru yang mana terdapat port memancing tersedia di sana. Ikan ikan menjadi buruan ialah kerapu disebabkan kawasan port tersebut berada di Jeti yang didirikan oleh orang kampung tersebut.


Walaupun pada mulanya edisi ini hampir terbatal akibat hujan. Tapi kami gah kan jua untuk terus menunggu dan berteduh di kawasan jeti dan nasib lebih baik sebab jeti berbumbung. Pada mulanya lontaran jauh menggunakan teknik bottom di pratikkan bagi memburu ikan. Namun kaedah itu tak membuahkan hasil dan lantas umpan cuma di labuhkan di kawasan bawah jeti. Hasil nya seekor ikan pisang menyambar umpan di ikuti beberapa ikan kerapu dan ikan batu.


Anak kerapu pun ok bah..rezeki jua tu


Apa kan nama ikan ulih ku ni..

Pemancing muda.. bapak borek anak rentik..

Ikan batu, Kerapu, pisang-pisang

Port yang baru di ketahui daripada team huntez boleh dikatakan ok sebab kena masanya mungkin dapat ikan yang bermutu, makasih laa buat kaki pancing yang berkongsi lokasi tersebut. Ada masa terluang mungkin kami akan cuba nasib di kawasan ini lagi.

P/s : Ada siapa2 tau ka apa nama ikan-ikan yang kami dapat ni. Maklum laa ilmu masih kurang


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)