Hari Pertama

Sambungan komplot bersama bersama geng pancing ( Otai Azizi dan Awg Lam ), 2 lokasi menjadi pilihan yang mana aktiviti ini berjalan selama 2 hari. Lokasi pada hari pertama di Muara Mengkabong yang mana sentiasa menjadi lubuk aku melepas gian. Sedikit perubahan pada ketara pada lubuk ini adalah tempat yang menjadi perlindungan ikan-ikan di sini iaitu pokok ru yang tumbang sudah mula menampakan pengurangan daun yang luruh akibat mati. Harap-harap ikan masih sudi bersarang di kawasan tersebut.

Dapat dilihat daun ru semakin berkurang

Tangkapan pertama seekor ketam, bawa bintur ok ni Salah satu spesis pengacau umpan )


Otai Azizi dengan Berakuda a.k.a Alu-alu menggunakan teknik pelampung

Awg Lam dengan Alu-alu nya, sudah jadi trip memburu Berakuda pula
Todak pun dapat juga, guna pelampung.. Hebat dia orang ni, sudah jadi pelampung man..

Akhirnya dapat laa juga ikan tanda ( Memang Ikan Buruan ku kalau di lubuk ni )


Akhirnya sebahagian ikan di panggang, lain kali kena bawa kicap ngan cili ni..

Hari Kedua


Hari kedua ni kami berpindah di lokasi yang dikatakan terdapat ikan putih, lokasi menjadi pilihan pada trip hari kedua adalah di Jambatan Gayang, Sungai Mengkabong. Disana kami memilih untuk memancing dari tiang tengah-tengah jambatan. Untuk memancing di sana, bayaran bot sebanyak Rm5 satu kepala diperlukan sebagai upah penghantaran dan pengambilan penumpang bot. Walaupun ikan macam kurang berselera makan namun kami berjaya juga menaikan beberapa ekor ikan antaranya ikan kaci @ Gulambir, Belais, ikan jenahak, ikan tanda, dan ikan putih.

hasil Tangkapan kami


Bersama Otai Azizi

Bersama Otai Awg Lam



 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)