Lokasi menjadi pilihan Kg.Karambunai (port jln Kuburan). Tempat ni kira sudah banyak spesisi aku dapat naikan antaranya ikan putih, alu-alu, ungah a.k.a siakap merah, ikan tanda dan yang terbaru ni si Ebek atau lebih dikenali ikan cermin. Ni kira ikan ramadhan laa sebab hari pertama puasa pun aktiviti tetap di teruskan. Puasa bukan dijadikan penghalang untuk melakukan aktiviti nanti tidak berkat berpuasa tu.. lebihan umpan yang digunakan petang jumaat tidak di sia-siakan dan menjadi umpan keramat sebab menjadi tarikan ebek seberat 440gram. Bertolak jam 2 petang memandangkan time ni air pasang aku ambil keputusan berseorangan sebab rasanya x ramai sangat yang sudi di ajak time2 tengahari panas lagi-lagi time puasa, lagipun trip ni memang x di rancang.

Berbekalkan 2 joran (bottom 1 kasting 1) aku mula melabuhkan joran. Dalam menunggu sang ikan membaham umpan pada joran bottom aku mengambil set casting dan melayan kasting. Dalam lebih kurang 30minit tetiba pula gewang sangkut, bukan sangkut ikan tapi sangkut batu. Dalam sebok2 cuba melepaskan gewang tetiba set joran shimano+kekili ajiking(set bottom) memuntahkan tali begitu banyak sampai melengkung abis joran. Nasib baik drag x kuat kalau tidak sudah melayang dalam air. Set casting dibiarkan saja terus ku sambar set bottom, lebih kurang perlawanan 2 minit cukup mengujakan kerana pecutan sang ebek ni memang masyuk. Akhirnya kelibat ikan kelihatan dan mengakhiri debaran yang dilalui, apa tidaknya joran time tu memang melengkung abis dan beberapa kali memuntahkan tali semasa perlawanan(siapa2 yang selalu memancing dengan saya memang tau joran shimano yang saya guna tu memang lembut tahap pancing udang haha). Rekod terbaru saya memancing ebek di kawasan tu. Mesti return punya..

Ikan Cermin a.k.a ebek seberat 440gram

Ini hasil minggu2 lepas Ungah dan Ikan Tanda (Lokasi sama)

Zoom Sikit


 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)