Hari ini dalam sejarah pabila sesi casting yang dijalankan seorang diri disambar alu-alu anggaran 1kg. Ini kira ikan pertama yang ku dapat melalui kaedah casting dan antara ikan terbesar dalam koleksi pancingan ku. Story nya memang dah terasa gian mau turun memancing setelah beberapa hari x memegang joran, lokasi pancingan ini dekat sahaja dari rumah dan faktor kereta dah ditinggikan seperti asal menaikan semangat untuk menduga lokasi yang terkenal dengan jalannya yang memang banyak bonggol. Balik lepas abis kerja saja terus ambil set casting dan pergi ke lokasi yang memang dah bermain2 dalam fikiran sejak petang tadi. Apa yang menariknya tak sampai 30 kali melontar gewang sudah ada sambaran dari sang ikan.. Dan yang lagi best sudah dapat seekor ikan terus bungkus alat balik rumah, maka acara casting cuma berjalan beberapa minit sahaja.
Labels: Aktiviti