Trip kali ini disertai oleh Azizi a.k.a otai siakap ( turun pukul 5 ptg lagi ) dan Awang lam ( owner blog geng joran sabah ) dan saya sendiri yang turun sedikit lewat. Walaupun cuaca di jangka hujan pada malam tu hati tetap tegar untuk turun beraksi. Berbekalkan udang idup, sotong dan ikan basung ( otai azizi sponser ) kami berjaya menaikan beberapa ikan kerisi, ketam, utik dan ikan tanda. Lebih kurang jam 12 mlm Azizi dan Awg lam terpaksa mengundur diri terlebih dahulu kerana ada urusan pada esok pagi. Tinggallah la saya menunggu patukan sang pengunggu Jeti Jeselton point. Akhirnya penantian berbaloi juga dengan berjaya menaikan pari @ tuka berumpankan udang hidup. Last sekali terpaksa mengalah pada mata yang dah kuyu dan tepat jam 2.30 pagi saya berkemas2 untuk balik. Malam tu cuma utik dan tuka saja sudi menjamah umpan saya hidangkan walaupun hampir hampir menaikan ikan bersaiz besar yang tak diketahui spesisnya sehingga memutuskan perambut 30 lbs.





Ketam dan utik

Pari Tuka


Sampai rumah baru perasan pari ini membawa 2 ekor anak, tau dari awal boleh lepas balik.



1 Comment:

  1. CathJ said...
    wowww.....

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)