Lagi satu laporan yang lewat dibuat. Trip kali ni di anggotai oleh otai azizi dan otai Awg Lam ( mlm tu memang terselah keotaian beliau ). Bermula pada sembang-sembang kopi pada malam sebelum tu akhirnya terlaksana trip yang asalnya untuk memburu selungsung. Lokasi ini memang telah banyak cerita didengar dari kaki-kaki pancing sekitar KK. Dan memang antara lubuk sang Raja Muara bermaharajalela disekitar tanjung Lipat. Atas keterujaan terhadap cerita-cerita tu pada 18hb Julai (tarikh di atas dibuat pad 19hb bab kami memancing sehingga ke pagi) kami menetapkan sebelah malam sehingga laa ke pagi untuk memburu sang Raja muara di lokasi tersebut.
Ikan pertama ( sembilang pantai ) pancingan otai awg Lam
Adui laa..mana laa pi nya ikan2 ni : Kata Otai Azizi sambil mengaru kepala
Penutup ceritanya tempat ni memang ada potensi..tapi masih diangap jarang2 laa ikan lalu tempat tu dan malam tu ikan di target memang tiada memunculkan diri. Tapi yang penting kami semua sudah mengetahui bahawa teluk Likas juga memiliki sang siakap merah yang sebelum ini seakan2 akan cerita dongeng bila orang mengatakan siakap merah mendiami teluk likas.
Labels: Aktiviti