Lokasi menjadi pilihan Kg.Karambunai (port jln Kuburan). Tempat ni kira sudah banyak spesisi aku dapat naikan antaranya ikan putih, alu-alu, ungah a.k.a siakap merah, ikan tanda dan yang terbaru ni si Ebek atau lebih dikenali ikan cermin. Ni kira ikan ramadhan laa sebab hari pertama puasa pun aktiviti tetap di teruskan. Puasa bukan dijadikan penghalang untuk melakukan aktiviti nanti tidak berkat berpuasa tu.. lebihan umpan yang digunakan petang jumaat tidak di sia-siakan dan menjadi umpan keramat sebab menjadi tarikan ebek seberat 440gram. Bertolak jam 2 petang memandangkan time ni air pasang aku ambil keputusan berseorangan sebab rasanya x ramai sangat yang sudi di ajak time2 tengahari panas lagi-lagi time puasa, lagipun trip ni memang x di rancang.

Berbekalkan 2 joran (bottom 1 kasting 1) aku mula melabuhkan joran. Dalam menunggu sang ikan membaham umpan pada joran bottom aku mengambil set casting dan melayan kasting. Dalam lebih kurang 30minit tetiba pula gewang sangkut, bukan sangkut ikan tapi sangkut batu. Dalam sebok2 cuba melepaskan gewang tetiba set joran shimano+kekili ajiking(set bottom) memuntahkan tali begitu banyak sampai melengkung abis joran. Nasib baik drag x kuat kalau tidak sudah melayang dalam air. Set casting dibiarkan saja terus ku sambar set bottom, lebih kurang perlawanan 2 minit cukup mengujakan kerana pecutan sang ebek ni memang masyuk. Akhirnya kelibat ikan kelihatan dan mengakhiri debaran yang dilalui, apa tidaknya joran time tu memang melengkung abis dan beberapa kali memuntahkan tali semasa perlawanan(siapa2 yang selalu memancing dengan saya memang tau joran shimano yang saya guna tu memang lembut tahap pancing udang haha). Rekod terbaru saya memancing ebek di kawasan tu. Mesti return punya..

Ikan Cermin a.k.a ebek seberat 440gram

Ini hasil minggu2 lepas Ungah dan Ikan Tanda (Lokasi sama)

Zoom Sikit

10 Comments:

  1. Azizi said...
    Best best. Port ni kena pergi dgn tuan tanah lah. 3x aku pergi tanpa tuan tanah...semua stakat anak2 ikan jak.
    Azizi said...
    Hardy...aku rasa ko kena tukar sket...ni bukan port klinik sebab port klinik ada satu lagi. Hari tu masa 1st time cari port ko ni...aku tersalah masuk simpang kanan (lalu depan klinik & sekolah). sampai hujung jumpa tanah lapang. keadaan sekeliling penuh dgn pancang kayu=port org kampung mancing agaknya.kena test port tu tp jln masuknya...mmg teruk (nasib baik myvi aku xsangkut dlm lumpur)
    hardy said...
    kasi nama port jln kuburan kg.karambunai la kan.. masyuk tpt ni klu kena ada ikannya.. port menghala sebelah klinik lagi tu aku belum pernah pigi.. org kata port mancing juga tu..ble try juga tu utk tgk hasilnya
    hardy said...
    sepanjang2 karambunai tu rasanya banyak lagi lokasi boleh kita teroka.. mana tau jumpa lobuk yg betul2 masyuk.. ungah memang sudah terbukti ada di perairan karambunai tu.. lepas raya laa kita buat trip selongkar lubuk karambunai.. macam ada berani kaa otai2 semua
    CathJ said...
    Yey.... aku pun pernah dapat ikan cermin sama saiz di tanjung lipat sana.... tapi bukan selalu ada.. T_T
    Azizi said...
    Hardy,
    Yup...kita panggil port kuburan karambunai jak. Ahad malam isnin kita cuba port lalu klinik/sekolah karambunai tu. tp peralatan perang kena lengkap...nyamuk/agas byk gila. Kalau ko bukak wikimapia, belakang sekolah tu pun mcm potensi.

    Cath J,
    Yup...tg. lipat tu kalau ngam masanya, cermin besar2 jugak boleh naik. Cuma yg aku tahu, 10x datang...nak dpt sekali pun susah. hehehe
    Azizi said...
    Hardy;
    Lepas raya 2 trip saya sedang atur. 1st ke muara sg. padas (naik bot dari menumbok), 2nd sg. Bintuka. Semoga terlaksana.
    Awg Lam said...
    Otai azizi/hardy, masa time puasalah puas2 kita cari lubok waktu malam hehehe, lepas puasa ni susah mau cakap kat port2 kuburan2 ni,meremang bulu romang den.
    Azizi said...
    Awang;
    sebab bulan puasa lah aku jadi berani sket seorang diri di pelantar pakman hari tu. huhuhu. dengan tiada org/pekerja, dengan gelapnya....aduhhh...mental wooo.

    Bagi aku...kalau dikuburan pun...kalau ada 2-3 orang...ok bah
    krist said...
    rsa2 ble join gak trip korng ni, cun2 ble dpt hsil lumayan di bln ramadhan ni..hehehehe

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)