Aktiviti terbaru TFC pada sabtu bebaru ni. Lokasi di tuju ialah kampung Tanjung Aru yang mana terdapat port memancing tersedia di sana. Ikan ikan menjadi buruan ialah kerapu disebabkan kawasan port tersebut berada di Jeti yang didirikan oleh orang kampung tersebut.


Walaupun pada mulanya edisi ini hampir terbatal akibat hujan. Tapi kami gah kan jua untuk terus menunggu dan berteduh di kawasan jeti dan nasib lebih baik sebab jeti berbumbung. Pada mulanya lontaran jauh menggunakan teknik bottom di pratikkan bagi memburu ikan. Namun kaedah itu tak membuahkan hasil dan lantas umpan cuma di labuhkan di kawasan bawah jeti. Hasil nya seekor ikan pisang menyambar umpan di ikuti beberapa ikan kerapu dan ikan batu.


Anak kerapu pun ok bah..rezeki jua tu


Apa kan nama ikan ulih ku ni..

Pemancing muda.. bapak borek anak rentik..

Ikan batu, Kerapu, pisang-pisang

Port yang baru di ketahui daripada team huntez boleh dikatakan ok sebab kena masanya mungkin dapat ikan yang bermutu, makasih laa buat kaki pancing yang berkongsi lokasi tersebut. Ada masa terluang mungkin kami akan cuba nasib di kawasan ini lagi.

P/s : Ada siapa2 tau ka apa nama ikan-ikan yang kami dapat ni. Maklum laa ilmu masih kurang

1 Comment:

  1. hardy said...
    siapa tau nama ikan belang2 tu..

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)