Trip yang dirancang bersama geng-geng KPN sabah ( kakipancing.net ) akhirnya terlaksana. Di sertai seramai 9 ahlul komplot kami bertolak dari 2 lokasi berbeza (sipitang & KK) menuju ke satu lokasi sama yg sudah lama di bual-bualkan. Trip kali ini di kepalai oleh otai bro aiman yang mana kami telah menetapkan untuk menggunakan khidmat 3 perahu yang di sewakan oleh tokey Hj.kumit. Bagi mereka yang sudah biasa dengan muara sungai bintuka nama hj kumit memang bukan lagi asing. Terbaru beliau membuka kolam pancing siakap (kena cuba ni next time).
Berbekalkan umpan yang di bawa daripada kk memang sedikit mengecewakan kerana menurut otai udang paling sesuai adalah bersaiz king untuk menduga monster di muara bintuka. Namun disebabkan stok umpan yg kurang maka terpaksa juga menggunakan khidmat udang hidup yg di bawa dari kk. satu pengajaran yang saya dapat di sana adalah, bawa la bekal untuk di makan jika mahu menduga di muara sungai yg sememangnya tiada warung atau kedai untuk kita membeli bahan makanan. Nanti ikan kenayang kita pula mati kelaparan hehehehe..
Apa-apa pun kita saksikan saja gambar2 dibawah yang diambil sepanjang trip ini berlangsung (gambar di petik dari laporan memancing di laman kakipancing.net).
Sesi merempit ke lokasi
Cantik Pemandangannya seolah cermin
Bro aiman dengan umpak kasar
Baby Jenahak ja
Ikan gumbir terbesar hasil pancinganku (spesis kaci juga ni)
RS pada awalnya cuma baby ja tapi pada akhirnya menyengat..
Jalakman kurang ong, katanya auranya telah di serap orang sekeliling..hehehe..
jgn jara bro
Azizi dibot kedua ngan baby GT a.k.a ikan putih
Botmen bot kedua dengan garut-garutnya
Fahmi dari bot ketiga dengan sembilangnya (kesian diaorg tak cukup umpan, next time umpan pun kena bagi2 juga la cam bagi2 hasil..baru la ceria kan :) )
MJ pertama beliau, saspek aku ngan ko RS
Labels: Aktiviti