Selamat berkunjung ke blog "Tuyan Fishing Crewz". Bertapak di negeri dibawah bayu (Sabah la bah apa lagi kan) Team ni baru saja diwujudkan melihat kegiatan memancing semakin menjadi-jadi di kalangan ahli2 TFC. Bilangan ahlinya cuma 2 - 3 kerat sahaja memandangkan ianya masih baru, dan kami bersedia menerima sesiapa sahaja yang berminat mengikuti aktiviti TFC ni. Diketuai oleh beliau Haidy sebagai ketua pengerusi dan ahli-ahli nya setakat ini cuma lah beberapa kerat termasuk isterinya dan anak kesayangan beliau. Selain itu kekosongan ahli TFC juga diisi oleh Hardy & isteri, Apek, Pokju dan mungkin anda juga bakal mengikuti aktiviti memancing TFC.

Sedikit pengenalan tentang penggunaan nama Tuyan dalam team memancing TFC, TUYAN tu maksudnya sejenis ikan yang terkenal satu masa dulu oleh orang-orang kedayan sebelah Lingkungan, Beaufort. Dan ikan ini dikatakan sudah pupus dan sukar didapati pada masa sekarang akibat pencemaran dan penerokaan hutan yang teramat extrim di sebelah hulu sungai menyebabkan sungai pun menjadi cetek. Mengenangkan lagenda ikan ini amat hebat diperkatakan pada masa dulu jadi di kesempatan ini kami gunakan nama tersebut agar ianya kekal diingati walaupun sudah pupus. Mana tau suatu masa nanti crew ini berpeluang menemui kembali spesis ikan yang telah pupus ini.

Dengan adanya blog ini dapatlah kami mencatatkan serta melaporkan segala aktiviti TFC berkenaan pancing dan mungkin kita boleh berkongsi2 maklumat, tips, kaedah memancing, kaedah penggunaan umpan serta lokasi menjadi port baik bagi meluaskan lagi ilmu di dada sambil beriadah dapat juga kita berkenal-kenalan.

Rasanya sudah cukup pengenalan berkenaan TFC ni.
Bah liau.. mai tah kitani mengail, sambil2 beriadah beluih jua lauk untuk makan malam ani..

1 Comment:

  1. RealSnail said...
    Pengenalan yg sangat bagus. Jadi ciri2 ikan Tuyan tu mcm mana ah? kasi tunjuk gambar dulu klu ada, mana tau...

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)