Teracun dengan kabar semalam, dua rakan pancing PKK ( Eddy n Jalleh ) mengajak aku untuk pergi menjalak lagi selepas waktu kerja. Kali ini aku terus membawa mereka ke lokasi semalam kerana memang sah2 akan menghasilkan ikan di lokasi tersebut. Sampai saja di lokasi, acara casting pun bermula, namun agak menghairankan sebab ianya tidak sama seperti semalam. Balingan pertama langsung tidak di sambut.

Setelah puas mengcasting lam 5 minit aku menjumpai satu petanda dimana port tersebut baru saja di casting mungkin pada sebelah paginya. Ini mungkin penyebab kenapa ikan haruan tersebut agak berhati-hati. Namun tidak mengalah kami mencuba dan terus mencuba dimana akhirnya katak kipas ku di ragut sekali lagi menambahkan koleksi jalak dalam senarai dan menjadi jalak ke 5 hasil casting. Teruja dengan hasil yang ku perolehi membakar lagi semangat cEddy utk mengcasting dan tidak lama selepas tu si kawan pula mendapat lesen pertama casting dalam hidupnya, seronok bukan main ye..lepas ni boleh la kita lebih aktif layan casting huhu.

Haruan skala 600g

Eddy juga tak lepas peluang bergambar dengan ikannya ( hari tu cJalleh tiada ong lagi tapi cukup bersemangat untuk mendapatkan lesen, next time kita atur trip lagi )

0 Comments:

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)