Trip Menjalak ( 2 Feb 2010 )

Memang karan jalak ni sungguh menusuk di dalam kalbuku. Apa tidaknya, aku sudah mengilai casting jalak selepas berhasil menaikanya pada awal bulan lepas. Memandangkan aku bercuti pada hari ni satu aktiviti pencarian port2 terbaru di jalankan walaupun berseorangan.. akhirnya aku menjumpai satu lubuk n syurga bagi haruan( apa tidaknya nampak jelas beberapa haruan bersaiz gadang mengambil nafas dgn kerap sekali ).. Sempat juga buat eksperimen dari penggunaan katak tanpa kipas, beralih penggunaan softplastik.. Memandangkan masih tiada hasil bertukar pula penggunaan janggut.. Pun tidak berhasil memikat si haruan dan dihujung2 pengakhiran trip (sudah lewat kena ambil org umah lagi balik kerja) aku menukar kepada penggunaan katak berkipas. Keputusanya sangat mengujakan, sekali baling terus dapat sambaran jalak bersaiz 500-600g. Selepas selesai sesi fotografi, balingan kedua juga tidak di sia siakan si jalak rakus. kali ini berskala 1 kg. Menjadikan rekod terbesar haruan yg aku perolehi..

Menjadikan rekod ke 3 ikan jalak ku perolehi (yg kedua aku dapat hari sebelumnya, tapi tak ambil gambar bab hp tinggal di rumah)

Dari penimbang tu menunjukan 1/2 kg

Ni dia ikan jalak tuJalak kedua hari tu, rekod jalak terbesar 1 kg

Bacaan menunjukan 1 kg

tengok la bertapa gemuknya ikan ni, sib baik aku x pandai makan ikan ni. Rasanya ada lagi jalak saiz2 monster dalam port ni. harap2 dapat merasa skala 3 kg huhu


Ambil gambar dulu sebelum CNR

0 Comments:

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)