Lagi repot lewat sebab bz punya pasal, kali ni repot berkenaan perasmian bot Raja Tuyan milik Hj Diman ( Liau ku ). Ini kali pertama bot diturunkan sebab sebelum ni kena menunggu lesen dulu baru buleh turun ke laut.

Cuma boleh muat 2 orang untuk keselesaan, kalau 3 org beras sikit sebab guna engin sigal ( 5hp ) & kalau 4 orang ko org pikir la sendiri haha

Alai (adiku), haidy (Ketua TFC) dan My Liau ( tuan besar empunya perahu, kena tunggu lampu hijau baru buleh bawa perahu turun kelaut hehe )

Ani tah buatanya..

Trip kali ni memang mau memancing ikan, bukan mencari udang. jadi lokasinya adalah di muara sungai weston.

Port mencari umpan, memula merambat tapi tiada hasil..last2 pi beli sama nelayan udang siar mati harga rm5.

Inilah hasilnya kata ketua TFC. Cuma 2, 3 ekor ikan gerut-gerut dan beberapa utik (lepas balik) almaklum laa org inda tau lubuk cam ni gayanya..

Kesimpulannya teruji juga perahu RAJA TUYAN. Cuma sedikit rumusan perahu ni cuma boleh muat 2 org sahaja. Kalau lebih dari tu ada seksa sikit. Mungkin sedikit peninggian dinding agar air tidak masuk dalam perahu semasa berombak dan upgrade engin kepada 20hp adalah penyelesaiannya jika mahu memancing ikan di lautan mahupun memancing di lokasi berpotensi seperti Bintuka. Inda tau bila lagi mau turun ni, kena tunggu lampu ijau my big bos dulu baru boleh bawa turun perahu. Dengar2 my liau mau sewakan bot ni pada sesiapa yang teringin memancing di perairan weston.

0 Comments:

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)