Trip ini terjadi atas desakan member opis ( Tonet ) yang baru nak menerjunkan diri dalam bidang memancing. Akhirnya terlaksananya komplot memancing di sungai bolong tuaran yang bermula pada sebelah malam sehingga ke subuh. Lokasi ini pernah di cuba satu ketika dulu namun tiada hasil diperolehi. Tapi pada malam tu membuktikan bahawa sungai bolong memang ada siakap merah yang pada mulanya saya kurang percaya bila Pok Ju menceritakan org selalu bawa naik ikan merah di sg.bolong. Sampai dilokasi sudah ada seorang pemancing berada di sana. Dan beberapa minit kemudian brader tu berjaya menaikan seekor siakap merah dalam anggaran 1 kilo membuktikan terus sg.bolong memang ada ikan MJ. Selang beberapa minit naik pula seekor sembilang.. memang makan habis brader tu, tu belum kira yang dia dapat sebelum kami sampai.


si Tonet yang beria2 sangat di opis td, last2 dia boleh layan sms pula

Pok Ju si pencadang lokasi malam tu

Siapa cakap otai tak turun, otai bah itu pantang dgr siakap merah ( Azizi otai siakap )

Akhirnya dapat la juga 2 ekor Ikan putih Jr pada malam tu

0 Comments:

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)