Selalu kalau umpan tak habis, esoknya misti ada trip bersendirian menghabiskan umpan. Sama lah juga bila trip sg.bolong semalam meninggalkan saki baki umpan. Esoknya pada sebelah petang saya memilih Lokasi Sutera Habour untuk sesi penghabis umpan berserta sesi ujikaji potensi perairan di sana. Hasilya memang memberangsangkan, banyak tarikan-tarikan ikan dan beberapa tarikan ganas dirasai. Cuma masalah kawasan berbatu menyebabkan lokasi tersebut menjadi penyumbang kepada kes pendermaan batu dan mata kail ke laut akibat sangkut dibatu.
Labels: Aktiviti
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)