Seperti biasa, sehabisnya waktu bertugas kalau rasa gian memancing semakin menebal aku akan melepaskan gian tersebut dengan acara casting. Namun kali ini aku memilih lokasi berbeza dari biasa (port haruan), target ku adalah untuk mencari kerapu yang mendiami perairan sepanggar. Disebabkan trip kali ini tanpa di rancang, aku beroperasi secara berseorangan.
Apa yang menariknya, belum pun sampai 50 kali aku melempar gewang aksiku di sambut oleh seekor penunggu di sana. Kali ini aku menggunakan gewang deep jointed minnow brand storm yang di tukar mata tunggal (sudah dapat naikan kerapu seekor ari tu), walaupun saiznya ikan alu-alu ni cuma dalam 400g namun cukup la untuk mengubat gian menarik ikan.
Selepas melepaskan semula ikan ni, aku meneruskan pencarian ikan kerapu. Namun, setelah lama mencuba dan bertukar-tukar port keputusannya tiada kerapu dinaikan. Apa yang menariknya, semasa hendak balik aku mencuba satu port(dirashiakan kedudukannya huhuhu) yang tidak dijangka2 didiami monster dengan hanya menggunakan SP. Disyaki adanya monster kerana, walaupun drag spool telah di ketatkan 80%, tali tetap dapat dimuntahkan sang penunggu lubuk. Namun akhirnya ikan berjaya melepaskan diri, dari penelitian aku yang masih level amatur ni spesis ikan mungkinkah si ungah a.k.a siakap merah a.k.a MJ yang mana dianggarankan seberat 1kg. Kenapa MJ, sebab aku nampak banyak anak2 MJ bermain2 dengan riangnya di lokasi tersebut. Next time akan ku cuba korek si monster ini untuk direkodkan dalam himpunan koleksi tangkapan ikanku.
Labels: Aktiviti