Trip yang di rancang bersama owner blog huntez akhirnya berjalan juga. Sudah agak lama menunggu pelawaan pisang (owner blog huntez) untuk mencuba port kolam terbiar yang berada dekat kampung halamannya. Dari laporan yang ada pada blog huntez, kolam ini sebenarnya adalah kolam yg terbiar yang mana kolam ini mempunyai sambungan dengan parit yang berhubung dengan air dari laut(pantai) yang tidak jauh dari kedudukan kolam tersebut. Dari laporan, beberapa ikan siakap dan ungah sudah penah dinaikan di kolam ini. Cukup menarik sehingga aku tertarik untuk pergi mencuba kolam tersebut. Syukurla tuan punya port sudi berkongsi lokasi rasia tersebut (terimakasih banyak2 kepada pisang).

Akibat terlalu gian untuk merasa tarikan sang siakap, aku menghubungi beliau melalui sms untuk mengatur trip yang pada mulanya niatku cuma main2 sahaja. Sms dibalas dengan berita gembira, beliau sudi membawa aku pada port tersebut. Setelah berbincang, si pisang yang spoting ni juga membenarkan aku membawa seorang lagi kawan iaitu member dari KPN tuan RS kita. Trip ini akhirnya di komplot oleh 3 individu yg merancang cuma menggunakan teknik pancingan casting berumpan ikan tipu.

Cerita Sedih

Ini ceritanya, bertolak seawal pagi kami meneruskan perjalanan dari kk ke port tersebut yang mana menuju ke sebelah kuala penyu. Sesampai kami di lokasi, agak sedih pabila melihat keadaan air yang agak cetek. Setelah puas melempar gewang n menukar2 gewang tiada sebarang sentapan di terima. Berbeza dari penceritaan tuan punya port yang mana sekali lempar sahaja gewang terus di sambut siakap dan ungah. Akhirnya kami menemui punca sebenar keadaan ini berlaku apabila ternampak tinggalan pukat pada kolam tersebut. sah2 siakap kolam ni sudah abis dikaut sang pemukat. Akhirnya kami mengambil keputusan berpindah n mencari port lain dengan persaaan sedih.

Setiba dilokasi keadaan jerebu teramat la teruk

Belakang tu port kolam terbiar, sayang ianya
tinggal kenangan

Cerita gembira

Walaupun tujuan asal kami untuk mencuba port kolam terbiar, namun kami tetap gembira kerana sepanjang perjalan balik kami telah mencuba dan berjumpa beberapa port yang boleh dikatakan menarik dan berpotensi. Antaranya port kolam talapia n bulan2..(juga dikabarkan ada sang ungah). Pada port ini aku hampir2 menaikan beberapa sang bulan. Namun apakan daya si bulan lagi bijak dan licik melepaskan diri. Cuma pisang saja berjaya menaikan 2 ekor talapia dengan menggunakan sp. Lawananya cukup menarik.. Kami juga singgah di beberapa sungai sepanjang jalan semasa balik, antaranya sg tersembunyi di lokasi golf membakut(klu ngam timing dikabarkan siakapnya buleh tahan besar2), sg.madahan dah beberapa sungai lagi. Akhirnya, pada penutup sesi kami melepaskan gian menjalak parit2 tepi jalan(jln lama) kk-papar. Disana aku berjaya menambah lagi koleksi jalak dengan memperolehi 3 ekor jalak menjadi koleksi jalak yang ke-10.

Sudah lama mendengar cerita berkenaan port ni, akhirnya berjumpa juga
Lihat saja pada laporan teamlempayun

strike pertama pisang di sangka bulan-bulan

Makin lama makin besar saiz talapia ni, guna sp ja ni

huhu..layannzz

Ini ja la hasil yang dapat dibanggakan pada trip tersebut (gambar di cilok dari blok tuan huntez, tumpang sedut ya bro).

0 Comments:

Post a Comment




 

© 2009 Copyright Tuyanfc.blogspot.com Web Team All Rights Reserved | Web Versi 1.0 Design By HardLena.ORG | Best Viewed With IE v7 (1024 x 768)