Bawak 2 set joran ( Casting & Bottom )
.jpg)
Dekat dengan pelabuhan polis marin Kota Kinabalu
.jpg)
Muka pun sudah hitam macam negro
.jpg)
Jambatan Dekat Yayasan Sabah
.jpg)
Dapat seekor anak ikan Jenahak saja di jambatan tu, ok laa tu daripada tiada
Pagi - Punya la bersemangat, cuti lah katakan so memang plan mau memancing ja kerja sambil cari port-port best. Belum puas memancing minggu lepas saya menyambung aktiviti secara berseorangan pada hari isnin. Port yang di tuju adalah berdekatan dengan pelabuhan kapal polis marin kota kinabalu. Lokasi ini betul-betul belakang SURIA yang tengah building ( atas sumber-sumber kaki pancing yang lain mengatakan tempat ni memang terdapat ikan putih, ikan cermin, alu-alu (titir) dan tenggiri. Mungkin disebabkan air yang dalam menjadikan ianya tempat permainan ikan2 kelas laut dalam ). Sempat sarapan dan membeli sedikit mata kail untuk memancing pada hari tu dan aktiviti bermula lebih kurang pukul 11 pagi, masa ni air masih surut. Lebih kurang pukul 12 tiba-tiba satu tarikan ganas pada joran, saya jangkakan seekor ikan putih seberat 4 kg. Memang melengkung abis joran yang saya guna tu hari. First time dapat tarikan sekuat tu, mau bergegar lutut bah. Rasanya kalau saya paksa joran tu mungkin boleh patah, jadi saya ambil jalan selamat membiarkan ikan tu bermain-main sehingga letih. Tapi belum sempat di naikan, tali perambut pula putus akibat terkena batu-batu ditepi tepi tebing, sayang betul mungkin tiada rezeki lagi. ( Syukur juga la sebab merasa juga tarikan ikan seberat tu, maklum laa belum ada pengalaman lagi ). Pukul 3 petang saya ambil keputusan untuk balik dan singgah di beberapa port lain (Jambatan yayasan sabah, sungai uitm dan tasik di depan Institut Latihan Perindustrian) untuk testing casting guna gewang baru. Dekat jambatan Yayasan sabah saya berjaya menaikan seekor ikan Berahan a.k.a ketambak guna bottom (banyak batu, ranting dan sampah sarap), itu pun duduk sekejap saja sebab hari mau hujan. Hari tu saya balik dengan seekor ikan saja. ok laa daripada tiada, kompom kena perli orang rumah ni..hehehe..
17/03/2009 ( hari Kedua )
Bot Pukat Tunda menunjukan kawasan ini memang dalam sebab menjadi laluan kapal
.jpg)
.jpg)
Penting ni kalau tidak mau tangan tu terbakar
Pagi - Igauan tarikan ikan putih semalam memang kuat sehinggakan saya datang berkunjung lagi untuk mencuba nasib di tempat yang sama secara berseorangan. Lepas paking kereta saya terus angkut barang pancing menuju lokasi sambil melihat beberapa kaki pancing yang lain tengah beraksi. Dan masa tu juga la tiba-tiba joran salah seorang pemancing strike dan berjaya menaikan seekor ikan cermin sepanjang setengah meter. Memang best, harap-harap lah ikan tu berminat pada umpan saya hari tu. Mungkin ikan masih kenyang saya cuma berjaya naikan beberapa ikan kecil saja di kawasan tu antaranya anak kerapu dan ikan pisang-pisang. Tengahari saya balik rumah untuk isi perut..Petang - Bersambung pula pada petangnya, saya mencuba lokasi sungai di depan UMS. Mana la tahu ikan selungsung menyambar umpan. Sambil-sambil men-try casting, seorang kaki pancing duk melepak sambil berborak. Dari apa yang di ceritakannya, memang ada ikan selungsung a.k.a siakap putih di kawasan tu. Lagi-lagi dekat jambatan ke Kingfisher tu, kalau malam memang kawasan selungsung laa tu. Teringin juga men-try tempat tu, mungkin next trip laa.. pastinya waktu malam..Petang tu balik tangan kosong.
18/03/2009 ( Hari Ketiga )
.jpg)
Tiada ikan ni bilang si Helley
.jpg)
.jpg)
Pagi - Inilah yang dikatakan hobi utama, memang pulun habis cuti untuk turun memancing (wife pun bising2 sudah, badan pun sudah mau jadi negro). Trip kali ni bertemankan helley, kami mencuba nasib di Kg. Betangan (seberangnya tu Karambunai). Ini pun atas cerita kaki pancing semalam, dia bilang kalau baik nasib bole bawak pulang satu baldi ikan. Itu kalau baik nasib, lagi satu kalau tau lubuk memang laa boleh dapat banyak sebab kawasan tu panjang dan banyak sangkar ikan.. Tapi kalau setakat try n error tu 50-50 ja la. Pagi tu kami pulang tangan kosong..
Petang - Lepas makan turun beraksi pula, kali ni berseorangan lagi. Lokasi menjadi pilihan Karambunai Lagoon (sebab ari tu dapat 5 ekor ikan di sana jadi mau juga try2 mana tau sangkut), Sampai dekat gate masuk terus buat muka sepuluh sen minta bagi masuk free sebab kalau masuk sana pun bukan memancing di kawasan Lagoon tapi disebelah muara sungai mengkabung. Untung kena bagi masuk free, yang tidak best tu kena bejalan kaki sejauh lebih kurang 1 km lebih juga tu. Baru saja melabuh umpan udang hidup, rod sudah bergegar2.. Sekali strike terus ja sambar joran dan kasi lepas joran casting ( Saya biasa bawak dua joran, satu guna bottom satu lagi guna untuk casting ). Sekali tengok ikan ketambak seberat lebih kurang 100 g. Disebabkan hari sudah mau hujan almaklum la sekarang musim hujan sebelah petang, saya balik dengan membawa 4 ekor ikan hasil pancingan hari tu. Satu kepuasan walaupun memancing dalam 30 minit ja.
Hasil Tangkapan Petang tu ( Berat lebih kurang 100g seekor )
Ikan ni saya google nama dia Tanda (yg ada belang2 kuning tu ikan kunyit). Banyak betul nama ikan ni. Dua ekor saya pancing, selebihnya budak2 tu yang pancing.
Labels: Aktiviti
3 Comments:
-
- Admin said...
23 March 2009 at 23:41Nice blogging..- CathJ said...
24 March 2009 at 15:55Best jugak dapat ikan..jgn tiada...rugi2 jadi hitam...- Awg Lam said...
4 May 2009 at 11:46Kalau ada kesempatan bolehla memancing bersama