Selesai saja waktu kerja my wife pula ajak keluar minum kelapa. Tergendala la trip yang diatur bersama cEddy untuk petang tu. Port kali ni cuma secara kebetulan, dimana lokasinya memang berdekatan saja dengan lokasi warung kelapa dan sememangnya set casting selalu saja mengikuti kemana arah tuju kereta ku. Selesai saja menghabiskan sebiji kelapa, aku terus meminta izin dari tokey warung untuk mencasting tempat tersebut (mana la tau tempat org kan kena minta izin).
Rasanya tak sampai 20 kali aku membaling si katak kayu terus mendapat sembaran padu dari sang penunggu kolam terbiar. Menambah lagi koleksi tangkapan haruan menjadikan haruan ke-6 hasi daripada sesi casting.
yg menghasilkan haruan2 sebelumnya
Labels: Aktiviti
Teracun dengan kabar semalam, dua rakan pancing PKK ( Eddy n Jalleh ) mengajak aku untuk pergi menjalak lagi selepas waktu kerja. Kali ini aku terus membawa mereka ke lokasi semalam kerana memang sah2 akan menghasilkan ikan di lokasi tersebut. Sampai saja di lokasi, acara casting pun bermula, namun agak menghairankan sebab ianya tidak sama seperti semalam. Balingan pertama langsung tidak di sambut.
Setelah puas mengcasting lam 5 minit aku menjumpai satu petanda dimana port tersebut baru saja di casting mungkin pada sebelah paginya. Ini mungkin penyebab kenapa ikan haruan tersebut agak berhati-hati. Namun tidak mengalah kami mencuba dan terus mencuba dimana akhirnya katak kipas ku di ragut sekali lagi menambahkan koleksi jalak dalam senarai dan menjadi jalak ke 5 hasil casting. Teruja dengan hasil yang ku perolehi membakar lagi semangat cEddy utk mengcasting dan tidak lama selepas tu si kawan pula mendapat lesen pertama casting dalam hidupnya, seronok bukan main ye..lepas ni boleh la kita lebih aktif layan casting huhu.
Labels: Aktiviti
Memang karan jalak ni sungguh menusuk di dalam kalbuku. Apa tidaknya, aku sudah mengilai casting jalak selepas berhasil menaikanya pada awal bulan lepas. Memandangkan aku bercuti pada hari ni satu aktiviti pencarian port2 terbaru di jalankan walaupun berseorangan.. akhirnya aku menjumpai satu lubuk n syurga bagi haruan( apa tidaknya nampak jelas beberapa haruan bersaiz gadang mengambil nafas dgn kerap sekali ).. Sempat juga buat eksperimen dari penggunaan katak tanpa kipas, beralih penggunaan softplastik.. Memandangkan masih tiada hasil bertukar pula penggunaan janggut.. Pun tidak berhasil memikat si haruan dan dihujung2 pengakhiran trip (sudah lewat kena ambil org umah lagi balik kerja) aku menukar kepada penggunaan katak berkipas. Keputusanya sangat mengujakan, sekali baling terus dapat sambaran jalak bersaiz 500-600g. Selepas selesai sesi fotografi, balingan kedua juga tidak di sia siakan si jalak rakus. kali ini berskala 1 kg. Menjadikan rekod terbesar haruan yg aku perolehi..
Menjadikan rekod ke 3 ikan jalak ku perolehi (yg kedua aku dapat hari sebelumnya, tapi tak ambil gambar bab hp tinggal di rumah)
Ni dia ikan jalak tu
Jalak kedua hari tu, rekod jalak terbesar 1 kg
Bacaan menunjukan 1 kg
tengok la bertapa gemuknya ikan ni, sib baik aku x pandai makan ikan ni. Rasanya ada lagi jalak saiz2 monster dalam port ni. harap2 dapat merasa skala 3 kg huhu
Ambil gambar dulu sebelum CNRLabels: Aktiviti
Hari tu merupakan trip pertama aku menaikan ikan jalak a.k.a dalak a.k.a haruan melalui acara casting sebagai pembukaan tirai baru 2010. Ianya juga menjadikan ikan jalak pertama hasil casting dan ikan ke 3 ku perolehi melalui casting. Teruja melihat dvd pemburuan haruan di sarawak membuatkan hati ingin mencuba dan merasa sendiri karan daripada terkaman sang haruan. Memandangkan port jalak memang banyak di sekitar tempat tinggal memudahkan lagi pergerakan memburu ikan tersebut selepas waktu kerja. Trip berseorangan ini akhirnya menjadikan titik permulaan aku meminati spesis ikan berkepala ular ni.
Labels: Aktiviti
Trip yang di komplot dengan krist & the geng telah berjalan lancar pada minggu lepas. Lokasi yang di kongsi bro krist memang betul2 best. Apa tidanya, tempatnya tidak panas pastu memang ada potensi kawasan tu(kata2 selalu aku guna walaupun selalu kumpau pada satu2 port hehehehe). Berbekalkan umpan udang hidup aku membawa komplot dari PKK fishing team untuk berjumpa dengan krist & the geng di awal pagi bagi melakssanakan misi memburu sang siakap putih idaman kalbu.
Ikan pertama dibawa naik adalah sang kerapu dari geng krist, kemudian seekor baby GT. Manakala geng kami masih sepi. Namun penantian berbaloi juga bila Matt Syah berjaya menaikan sang kerapu yang pada awalnya di sangka sangkut batu, Setelah dibiarkan seketika kerapu mengalah juga dari berbelit pada sarangnya.
Kemudian diikuti joran Eddy yang berjaya menaikan baby ketambak. Aku pula rasa2 macam mau kumpau sudah hari tu. Nasib masih baik dihujung2 trip sang ungah menyambar umpan pada joran ku. Kemudian geng aku terpaksa mengundur diri kerana kehabisan umpan.
Manakala geng krist meneruskan perjuangan sampai ke petang. Dari kabarnya berjaya naikan 2 ekor selungsung, 4 ungah dan selebihnya kerapu. Tahniah pada geng krist, port tu memang ada ong. Walaupun kami cuma berjaya naikan ikan seekor seorang dan tidak berjaya naikan ikan target kepuasan tetap ada biarpun aku cuma naikan sang siakap merah. (siakap juga bah kan) Terimakasih berbanyak2 lagi pada saudara krist bab membawa kami ke lokasi tersebut.
Labels: Aktiviti

Trip yang di atur oleh saudara Ipin (kenalan dari KPN) dan disertai oleh saudara Realsnail (KPN) telah terlaksana juga. Dan hari tersebut merupakan lesen pertama bulan-bulan a.k.a Tarpon yang ku perolehi selama bergiat dalam dunia casting, ianya juga merupakan rekod kedua ikan ku perolehi untuk sesi casting.
Jam 4.00 ptg aku sudah terpacak di lokasi, walaupun kelibat 2 lagi rakan belum kelihatan. Namun acara tetap di teruskan. Gewang popper macro digunakan untuk menduga ikan bulan yang sememangnya sudah di target dari awal perancangan trip tersebut. Kurang dari 20minit aku melimpar dan mengayakan popper (walaupun kaedahnya aku pun tak tau betul atau salah, cuma belajar dari menonton DVD sirip sebagai bahan rujukan) akhirnya popper kenit ku disambar sang bulan. Walaupun saiznya tidak la sebesar mana namun masih dapat dirasai mainannya apatah lagi menggunakan set ringan, aksi lompat melompat di biarkan seketika untuk melayan keseronokan memancing sang bulan. 2 minit kemudian barulah ikan di naikan untuk melucutkan mata kail seterusnya aksi sesi bergambar di lakukan sebelum sang bulan di lepaskan semula.
Labels: Aktiviti
Trip kali ini di temani dengan geng2 pemancing tegar PKK ( PKK Fishing Team ). Trip yang pada awalnya dirancang pada waktu malam terbatal akibat hujan turun pada malam tersebut. Perubahan terpaksa di buat pada minit2 akhir yang mana kami merancang trip ni diganti pada awal pagi iaitu setelah bersahur. Berumpankan udang hidup saiz sederhana king dan basung segar kami mula turun ke lokasi iaitu kg.Karambunai jalan kuburan (port biasa aku pigi). Keadaan air pada masa rombongan kami sampai beransur surut setelah pasang pada malamnya. Seawal melabuh umpan seperti tiada patukan ikan di terima. Maka aku mencuba udang yang bersaiz kecil sedikit, setelah menunggu beberapa ketika joranku menerima satu sambaran. Sentapan terus dibuat dan seekor kerapu juvenil berjaya dinaikan. Berapa ketika kemudian joran ku melengkung lagi, kali ini Sang Siakap merah pula membaham umpan. Walaupun bersaiz juvenil tarikannya cukup masyuk (aku sudah mula mengilai ikan yang dikenali drakula ni).. Tidak lama kemudian Mat Syah pula berjaya menaikan ikan Kekek, bermata kailkan saiz halus dan berumpankan sedikit isi udang mamat ni berjaya menaikan beberapa ikan-ikan kecil (saiz goreng pun sodap) antaranya ikan Kekek dan ikan Kerisi. Aku pula terus mendapat ikan-ikan yang pelik antaranya ikan Sebelah dan ikan Pocong a.k.a bebaji yang berjaya memancutkan darah di jariku akibat durinya yang tajam.
Melihat hasil yang dinaikan mat syah semakin galak, kami semua mula bertukar mata kail bersaiz halus dan sekali lagi saya mencipta rekod baru iaitu menaikan ikan Kerisi dan ikan Kekek di lokasi tersebut. Walaupun saiznya kecil (sememangnya saiznya macam tu) tapi cukup mengasyikan jika menggunakan set ringan.
Amin yang tenang menunggu jorannya disambar selungsung
Suharzi dengan gaya memanggil ikan hahaha.. Gurau ja kawan
Semua mahu mencuba port Mat Syah menaikan ikan, apa tidaknya sudah 4-5 ekor dia naikan seorang
Suharzi, Eddy, Matsyah dan amin antara pemancing tegar PKK Fishing Team
Antara hasil pada hari tu. Timbang2 lebih kurang satu kilo juga walaupun cuma 4 jam beraksi
Satu-satunya Siakap Merah yang dinaikan walaupun saiz juvenil. Next time kalau dapat saiz ni aku mau kasi masuk aquarium la.Labels: Aktiviti
Lokasi menjadi pilihan Kg.Karambunai (port jln Kuburan). Tempat ni kira sudah banyak spesisi aku dapat naikan antaranya ikan putih, alu-alu, ungah a.k.a siakap merah, ikan tanda dan yang terbaru ni si Ebek atau lebih dikenali ikan cermin. Ni kira ikan ramadhan laa sebab hari pertama puasa pun aktiviti tetap di teruskan. Puasa bukan dijadikan penghalang untuk melakukan aktiviti nanti tidak berkat berpuasa tu.. lebihan umpan yang digunakan petang jumaat tidak di sia-siakan dan menjadi umpan keramat sebab menjadi tarikan ebek seberat 440gram. Bertolak jam 2 petang memandangkan time ni air pasang aku ambil keputusan berseorangan sebab rasanya x ramai sangat yang sudi di ajak time2 tengahari panas lagi-lagi time puasa, lagipun trip ni memang x di rancang.
Berbekalkan 2 joran (bottom 1 kasting 1) aku mula melabuhkan joran. Dalam menunggu sang ikan membaham umpan pada joran bottom aku mengambil set casting dan melayan kasting. Dalam lebih kurang 30minit tetiba pula gewang sangkut, bukan sangkut ikan tapi sangkut batu. Dalam sebok2 cuba melepaskan gewang tetiba set joran shimano+kekili ajiking(set bottom) memuntahkan tali begitu banyak sampai melengkung abis joran. Nasib baik drag x kuat kalau tidak sudah melayang dalam air. Set casting dibiarkan saja terus ku sambar set bottom, lebih kurang perlawanan 2 minit cukup mengujakan kerana pecutan sang ebek ni memang masyuk. Akhirnya kelibat ikan kelihatan dan mengakhiri debaran yang dilalui, apa tidaknya joran time tu memang melengkung abis dan beberapa kali memuntahkan tali semasa perlawanan(siapa2 yang selalu memancing dengan saya memang tau joran shimano yang saya guna tu memang lembut tahap pancing udang haha). Rekod terbaru saya memancing ebek di kawasan tu. Mesti return punya..
Labels: Aktiviti
















